KHIANATI RUMAH ALLAH : DI MANA HILANGNYA RASA HORMAT?

 


Perbuatan khianat mencemarkan rumah ibadah dengan air kumbahan yang berbau najis sebagaimana berlaku di sebuah masjid di Tumpat, Kelantan, bukan sahaja menimbulkan rasa kesal dalam kalangan umat Islam, malah mencetuskan persoalan besar tentang tahap sensitiviti dan penghormatan terhadap institusi suci umat Islam? 

Apa yang mendorong seseorang sanggup melakukan sedemikian terhadap rumah Allah? Adakah semakin pudar rasa hormat terhadap tempat suci umat Islam atau wujudnya sikap tidak bertanggungjawab yang semakin berani ditunjukkan dalam masyarakat? Tindakan tidak bertanggungjawab ini dilihat sebagai satu perbuatan khianat yang tidak boleh diterima dalam mana-mana nilai masyarakat beradab.

Namun, sebagai umat Islam, cabaran seperti ini perlu dihadapi dengan penuh hikmah, bukan emosi melulu. Apabila dikhianati atau disakiti, respons pertama ego kita selalunya adalah balas dendam atau marah. Namun, Allah mengajarkan formula yang luar biasa untuk menundukkan emosi tersebut seperti dalam firmannya yang bermaksud: "Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman setia yang sangat setia." [Surah al-Fussilat, 41:34].

Insiden ini menjadi peringatan kepada masyarakat agar sentiasa menjaga keharmonian, menghormati rumah ibadah serta tidak menjadikan emosi atau tindakan tidak waras sebagai alasan untuk merosakkan tempat suci yang menjadi simbol perpaduan umat.   

#masjid #tumpat #kelantan #agamaislam #Rumahibadah #rakyatmalaysia


Comments