Isu penceramah bebas yang didakwa berkelakuan tidak senonoh terhadap pelajar bukan sekadar cerita viral, ini realiti yang menuntut perhatian serius. Sekolah sepatutnya jadi tempat paling selamat untuk anak-anak, bukan ruang untuk individu luar mengambil kesempatan atas nama motivasi.
Anak-anak kena jelas bahawa tak semua yang pandai bercakap itu layak dipercayai. Seorang "motivator" atau pendidik ada batas yang tak boleh dilanggar. Tiada istilah mesej peribadi tanpa keperluan, tiada “ambil berat” yang melampaui batas, apatah lagi hubungan emosi yang cuba dibina secara senyap. Bila mula ada ayat seperti “jangan bagitahu orang”, “abang faham adik lebih dari orang lain”, itu bukan lagi bimbingan, itu taktik manipulasi. Eksploitasi kepercayaan sering bermula dengan pujian, perhatian dan pendekatan yang nampak “baik”.
Yang lebih membimbangkan, ramai pelajar tak sedar mereka sedang dimanipulasi. Mereka rasa dihargai, diberi perhatian, sedangkan itu perangkap. Sebab itu, anak-anak perlu diajar kenal RED FLAG sejak awal. Rasa tak selesa itu bukan “overthinking”, itu isyarat untuk berhenti dan menjauh.
APA ANAK-ANAK PERLU BUAT?
1. Jangan layan komunikasi peribadi.
2. Berani cerita pada orang dewasa yang dipercayai.
3. Simpan bukti mesej atau apa sahaja yang mencurigakan.
4. Elak jumpa secara berdua-duaan.
5. Laporkan pada polis jika perlu.
Kesimpulannya, jangan terlalu cepat kagum dengan kata-kata manis atas pentas.
Ada yang datang sebagai “motivator”, tapi sebenarnya "manipulator".
Anak-anak bukan untuk diuji. Kepercayaan bukan untuk dieksploitasi.
Kalau nampak tanda-tanda, jangan diam. Bertindak.
#motivator #anaksekolah #awareness #redflag

Comments
Post a Comment