TAHNIAH MALAYSIA - NO.1 DIABETES ASEAN: BELIA DAH RAMPAS TAKHTA PENYAKIT ORANG TUA

 


Dulu kita selalu dengar kencing manis penyakit orang tua. Sekarang? Belia bawah 30 pun dah mula kena, malah ada kes seawal remaja. Malaysia pula disahkan sebagai negara dengan kadar diabetes tertinggi di Asia Tenggara. Ini bukan lagi cerita masa depan, ini realiti sekarang. Dalam diam, generasi muda kita sedang “train” badan sendiri untuk jadi pesakit kronik tanpa sedar.

Puncanya jelas, FOMO makanan viral. Apa sahaja “trending” semua nak cuba. Air manis kaw-kaw, “dessert” berlapis gula, kopi hipster, makanan “fusion” pelik-pelik. Masalahnya bukan cuba sekali, tapi ulang berkali-kali tanpa kawal “portion”. Ditambah pula gaya hidup malas bergerak, duduk lama, kurang bersenam, tidur tunggang-langgang. Gula masuk hari-hari, tapi tak dibakar. Badan simpan, lama-lama rosak.

Ini bukan nak hentam, tapi nak sedarkan. Nak makan boleh, nak “try” boleh, tapi jangan hilang kawalan. Berpada-pada, jaga “portion” dan gerakkan badan. Jangan tunggu doktor sahkan “anda ada diabetes” baru nak menyesal. Masa tu bukan setakat kena jaga makan, ubat pun kena makan tanpa gagal, cucuk sana sini akhirnya hidup pun merana. Pilihan di tangan kita, nak ikut “trend” sekejap atau jaga kesihatan untuk jangka panjang. Fikir-fikirkan.

#diabetes #fomo #makananviral #kesihatan #trendingnow #PublicHealth


Comments