Dulu orang takut cakap pasal agama sebab bimbang tersalah bicara. Sekarang, siapa sahaja boleh tampil jadi “ustaz atau ustazah”, walaupun jelas bercanggah dengan fitrah dan hukum Islam. Bila transgender pun diangkat beri ceramah, ini bukan lagi soal inklusiviti atau hak individu, tapi tanda pemikiran liberal sudah melampau sampai agama diputar ikut selera. Mana rasa kena dengan selera, di ambil pakai, mana yang tak kena, ditolak tepi. Akhirnya, yang batil nampak biasa, yang benar pula dianggap kolot.
Inilah yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia. Shuniyya Ruhama, seorang transgender yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia, membawa imej ‘ustazah’ bebas memberikan ceramah agama terutamanya kepada kaum Muslimat. Lebih menghairankan, ada juga pihak yang memanggilnya untuk memberi ceramah, malah pihak media turut mengetengahkan sosok transgender ini. Penerimaan masyarakat terhadap perbuatan transgender ini terbukti fenomena menormalisasikan perkara yang ternyata salah disisi syarak semakin menjadi-jadi.
Masalahnya bukan pada individu semata-mata, tapi pada cara kita melihat agama. Bila prinsip “janji baik” dijadikan alasan, maka semuanya boleh, sedangkan tanpa sedar hukum Allah diketepikan. Allah SWT sudah beri peringatan dalam Surah Al-Baqarah ayat 208 agar kita masuk Islam secara keseluruhan (kaffah), bukan ambil mana yang kita suka sahaja. Jika garis panduan ini diabaikan, jangan hairan kenapa semakin banyak perkara pelik muncul atas nama dakwah. Ingat, niat tidak menghalalkan cara. Apa yang haram adalah haram.
#transgenderawareness #syuniyyaruhama #lgbt #hukumislam #liberalisme

Comments
Post a Comment