Wahabi ialah aliran yang dikaitkan dengan Muhammad bin Abdul Wahhab, muncul pada abad ke-18 di Najd, Semenanjung Arab. Para pengikut beliau dan sesiapa sahaja yang berdakwah dengan ajaran beliau dinamakan sebagai al-Wahhabi. Menurut al-Marhum Sheikh Prof. Dr. Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti, Wahhabi telah menjenamakan semula nama Wahhabi kepada Salafi bagi mengaburi pandangan masyarakat agar disangka membawa ajaran Salafus Soleh.
Fahaman Wahabi (wahhabisme)/Salafi membawa ideologi ekstrem?
Di dalam sebuah simposium di Kaherah, para ulama menegaskan al-Wahhabiyyah adalah satu ancaman terhadap Islam dan dunia. Ia juga merupakan satu fahaman dan gerakan musuh yang paling merbahaya bagi umat Islam kerana:
- Menyebarkan pemahaman/ideologi serta tindak-tanduk yang bengis, bersifat keganasan (teroris), perasaan benci
- Bersifat takfiri iaitu menghukum orang Islam lain sebagai kafir
- Menghalalkan darah umat Islam lain yang tidak berpegang pada fahamannya
- Menuntut sesiapa yang ingin memasuki ajaran mereka agar bersaksi atas dirinya bahawa dia dahulu adalah seorang kafir
Apa kaitan dengan ISIS/DAESH?
Aliran dan ajaran Salafi Wahabi yang bersifat takfiri telah membawa kepada pembentukan ideologi ekstrem yang menjadi teras bagi gerakan-gerakan Salafi-Jihadi seperi ISIS/DAESH yang terlibat dengan aktiviti terorisme dan keganasan.
Kumpulan radikal Ansar al-Din, Boko Haram, Shabaab, Jemaah Islamiah dan al-Qaeda turut berpegang pada ideologi Salafi Jihadi, menggunakan istilah-istilah dan konsep yang ada dalam Islam tetapi ditafsir dengan fahaman dan makna mengikut kepentingan sendiri demi menghalalkan tindakan keganasan yang dilakukan.
Bagaimana sikap Wahabi pada umat Islam yang lain?
Pendekatan keras dalam melabel amalan Muslim lain sebagai bidaah atau syirik. Bahayanya apabila tuduhan terhadap sesuatu amalan bertukar menjadi hukuman bahawa pelakunya sudah keluar Islam. Sikap menganggap hanya kelompok sendiri yang benar boleh menyuburkan permusuhan sesama Muslim. ISIS dan kumpulan radikal yang lain membawa pendekatan ini ke tahap ekstrem dengan menganggap kelompok Muslim yang dituduh kafir sebagai sasaran keganasan. Sedangkan perbezaan pandangan tidak boleh dijadikan “lesen” untuk mengkafirkan atau menghalalkan darah orang lain.
Justeru itu, berhati-hati apabila sesuatu ceramah atau kandungan agama mengajar kita membenci semua orang di luar kelompok sendiri, mudah menjatuhkan hukum kafir atau memuji keganasan sebagai perjuangan suci. Belajarlah daripada guru berkelayakan dan rujuk pihak berautoriti apabila timbul kekeliruan.
#Wahhabisme #salafi #ISIS #Daesh #terrorisme #radikalisme

Comments
Post a Comment