WAZE: APA RISIKONYA TERHADAP KESELAMATAN NEGARA?

 


Waze ialah aplikasi navigasi yang berasal dari Israel selaku pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang negara berkenaan. Rentetan itu, kerajaan mengarahkan penjawat awam menghentikan penggunaannya berikutan kebimbangan terhadap perlindungan maklumat kerajaan dan data peribadi rakyat. 

Langkah ini turut mendapat sokongan masyarakat termasuk BDS Malaysia (Boycott, Divestment and Sanctions) yang menyambut baik keputusan kerajaan dan menggesa orang ramai menghentikan penggunaan Waze. Sokongan itu mencerminkan solidariti penolakan terhadap keganasan Israel. Walaupun bukan penjawat awam, rakyat juga turut menyahut seruan tersebut melalui pilihan aplikasi tempatan yang lain. 

Isu ini perlu membuka mata masyarakat bahawa keselamatan negara turut bergantung pada perlindungan maklumat dalam ruang siber. Data lokasi, rutin perjalanan dan maklumat tempat sensitif boleh menimbulkan risiko sekiranya disalahgunakan. Walaupun Waze menafikan dakwaan penyalahgunaan data, masyarakat perlu lebih berhati-hati dan tidak salah untuk nyah aktifkan waze kerana ia melibatkan keselamatan diri dan negara. Melindungi data peribadi dan maklumat negara ialah tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia. 

#Waze #boycott #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama #MakaKami


Comments