BUKAN SEMUA YANG NAMPAK SENANG ITU BAHAGIA, JANGAN TERPEDAYA DENGAN KEMEWAHAN MEDIA SOSIAL



Gaji masuk, bayar rumah, kereta, bil dan barang dapur, tinggal berapa sangat dalam akaun? Tapi bila buka TikTok dan Instagram, nampak orang flexing bercuti setiap minggu dan membeli barang mewah. Kita pun mula rasa FOMO. 

Lebih membimbangkan, ada yang sanggup berhutang dan guna PayLater semata-mata nak ikut gaya hidup orang lain. Menurut Kementerian Kewangan, baki hutang Buy Now Pay Later (BNPL) di Malaysia mencecah RM4.9 bilion pada akhir 2025, walaupun bukan semuanya berpunca daripada gaya hidup mewah.

Ada anak muda rasa gagal sebab umur dah 30 tahun tapi belum mampu beli rumah. Ada yang malu masih guna kereta lama, ada pula tertekan tengok kawan sebaya lebih cepat berjaya. Sedangkan kita tak tahu apa yang mereka lalui di sebalik gambar dan video yang dikongsi. 

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa', ayat 32:

وَلَا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ

Maksud (petikan): "Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan limpah kurnia yang Allah berikan kepada sebahagian kamu melebihi sebahagian yang lain."

Orang tua-tua selalu pesan, "Ukur baju di badan sendiri." Tak salah nak berjaya dan hidup senang, tapi jangan sampai berhutang demi nampak mewah di mata orang. Ingatlah, hidup bukan pertandingan siapa paling kaya atau paling berjaya. Belajarlah bersyukur sambil terus berusaha, kerana ketenangan juga satu nikmat yang tak ternilai.

#FOMO #PayLater #GenerasiMuda #Motivasi #Muhasabahdiriselalu


 


Comments