NARATIF 3– ISIS Mengatakan Bahawa Hijrah ke Khilafah Islamiyah mereka telah menjadi kewajipan sekiranya umat Islam ingin mendapatkan kesempurnaan iman dan kesempurnaan hidup dalam sebuah negara.
SIRI 2: APAKAH NARATIF-NARATIF ISIS YANG DISEBARKAN KEPADA UMAT ISLAM DAN BAGAIMANA MENANGKIS NARATIF TERSEBUT.
Sumber: Lt Kol Dr Zulkarnain Haron.
Naratif 3
–ISIS Mengatakan Bahawa Hijrah ke Khilafah Islamiyah mereka telah menjadi kewajipan sekiranya umat Islam ingin mendapatkan kesempurnaan iman dan kesempurnaan hidup dalam sebuah negara.
Bagaimana Melawan
Naratif ini –Untuk menangkis naratif ini, umat Islam mesti memahami konsep dan
makna hijrah dan menyesuaikan dengan realiti ajaran Islam serta situasi yang
berlaku di Syria dan Iraq hari ini. Pengertian hijrah secara bahasa bererti
berpindah tempat. Menurut syar’i, fuqaha mendefinisikan hijrah sebagai keluar
dari Darul Kufr (negeri kufur) menuju ke Darul Islam (negeri Islam). Pengertian
ini diambil dari lafaz ‘hijrah’ dan lafaz ‘Muhajirin’ (orang-orang yang
berhijrah) yang disebut di dalam Al Quran itu sendiri dan juga hadis-hadis.
Hijrah dalam Islam berlaku sebelum terjadinya pembukaan (futuhat) kota Mekah.
Setelah berlakunya futuhat kota Mekah, maka ‘tidak ada lagi hijrah’ yang
terjadi kerana orang Islam telah mencapai tahap berkemampuan untuk menzahirkan
agamanya dan melaksanakan hukum-hukum Islam di negeri tersebut. Ibnu Abbas r.a
telah meriwayatkan seperti berikut:
“Ketika peristiwa
pembukaan Kota Mekah, Rasulullah S.A.W bersabda: (maksudnya) “Tiada lagi hijrah
(dari Mekah ke Madinah) selepas pembukaan Mekah, tetapi yang ada hanyalah jihad
dan niat. Apabila kamu dipanggil oleh pemerintah untuk berperang, maka
berangkatlah” [Riwayat Bukhari dan Muslim].
Apabila sesebuah negeri
telah dibuka oleh Islam, maka negeri tersebut telah bertukar dari Darul Kufr
menjadi Darul Islam, maka secara automatiknya Darul Kufr tadi sudah tidak ada
lagi. Oleh itu, tidak ada lagi tuntutan hijrah ke atas umat Islam di situ.
Demikianlah halnya dengan tiaptiap negeri yang telah dibuka oleh Islam, maka
tidak ada lagi hijrah daripada negeri tersebut kerana ianya telah (bertukar)
menjadi Darul Islam.
Persoalannya disini
adakah Malaysia sebuah Darul Kufr sehingga mewajibkan kita untuk berhijrah?
Mengapa ISIS mengajak umat Islam dari seluruh pelosok dunia untuk berhijrah dan
berbai’ah kepada Khalifah mereka iaitu Abu Bakar Al Baghdadi? Apakah Malaysia
ini Darul Kufr atau Darul Harb? Sebelum
anda bercita-cita untuk berhijrah, apakah anda mengetahui asal pensyariatan
hijrah? Dalam Risalah Tabukiyah, Imam Ibnu Qoyyim membagikan hijrah kepada 2
kategori iaitu pertama, hijrah dengan hati menuju Allah S.W.T dan RasulNya.
Hijrah ini hukumnya fardhu ‘ain bagi setiap orang pada sebilang masa. Kategori
yang kedua adalah hijrah dengan badan (fizikal) dari negeri kafir menuju negeri
Islam. Di antara kedua kategori hijrah ini, hijrah dengan hati kepada Allah
S.W.T dan RasulNya adalah yang paling utama.
Justeru, adakah
Malaysia ini sebuah Darul Kufr? Apakah asas atau kayu ukur yang mengatakan
Malaysia sebagai sebuah Darul Kufr sehingga anda perlu hijrah ke Khilafah
Islamiyah ciptaan ISIS? Adakah semua umat Islam di Malaysia akan masuk ke
neraka jika tidak berhijrah ke Khilafah Islamiyah ciptaan ISIS? Mari kita renungi
dan fahami situasi dan konsep ini. Kayu ukur atau asas sesebuah negara
dikategorikan sebagai Darul Islam atau
Darul Kufr adalah kondisi penduduknya, bukan sistem hukum yang diterapkan dan
bukan pula sistem pemerintahan yang mendominasi negara tersebut’ sebagaimana
diterangkan oleh Ibnu Taimiyyah. (Majmu’ Fatawa, 18/282). Sebahagian ulama dan
fuqaha pula mendefinisikan bahawa Daulah atau Khilafah Islamiyah adalah “sebuah
daulah yang mana majoriti penduduknya adalah umat Islam dan di dalam negara
tersebut ditegakkan padanya syi’ar-syi’ar Islam seperti azan, solat berjemaah,
solat Jumaat di samping umat Islam bebas mengamalkan serta mempraktikkan ajaran
Islam dengan bebas dan terbuka dan segala bentuk perlaksanaan aspek berkaitan
agama Islam yang bersifat umum dan menyeluruh boleh dilaksanakan.
Justeru, berdasarkan
definisi ini, negara seperti Malaysia ini adalah termasuk dalam kategori sebuah
negara Islam kerana syi’ar-syi’ar Islam, baik aspek ritual dan pensyariatan
Islam dapat dilaksanakan dengan bebas dan umat Islam sendiri mendominasi negara
ini. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa masih banyak lagi aspek-aspek
yang berkait dengan perundangan Islam yang masih perlu dilaksanakan mengikut
syariat. Jika dibandingkan dengan hijrahnya Rasulullah S.A.W dari Mekah ke
Madinah, perkara ini amat jelas tercatat dalam sejarah Islam kerana pada ketika
itu Mekah masiH dikuasai oleh kaum musyrikin Quraisy dan kondisi umat Islam
sangat lemah dan hidup di bawah penindasan. Manakala kondisi dan situasi di
Madinah pula, Islam dapat diterima dengan baik oleh masyarakat, bahkan
berkembang pesat di kota itu. Atas alasan itulah Rasulullah S.A.W memberi
keizinan untuk umat Islam yang berada di Mekah untuk berhijrah.
Seperkara lagi yang
mesti difahami oleh umat Islam bahawa, adakah iman mereka tidak sempurna
sehingga mereka tidak boleh masuk ke syurga hanya kerana mereka tidak berhijrah
ke Khilafah ISIS? Cuba umat Islam buka minda dan fikiran mereka, adakah umat
Islam yang tinggal di negara-negara seperti Kanada, Sweden, Finland, New
Zealand, Singapura, United Kingdom, Afrika Selatan, Argentina, Rusia dan
pelbagai lagi negara dalam dunia ini yang mana ada umat Islam menjadi
penduduknya, kesemua mereka akan masuk neraka kerana iman mereka tidak sempurna
dan kesemuanya masuk ke neraka kerana tidak menjadi warga Khilafah Islamiyah
ciptaan ISIS? Bagaimana pula dengan golongan Mujahidin dan Taliban yang menjadi
rakyat Afghanistan? Adakah mereka semua ini juga masuk ke neraka kerana tidak berhijrah ke
Khilafah Islamiyah ciptaan ISIS? Malah, umat Islam di negaranegara yang
dinyatakan ini menikmati hidup yang lebih sempurna, aman dan keselamatan mereka
lebih terjamin berbanding dengan kehidupan di Khilafah Islamiyah ciptaaan ISIS.
Jangan lah umat Islam menjadi jumud dan sempit pemikiran sehingga tidak boleh
menilai situasi sebenar dunia hari ini dan melihat Islam itu sebagai satu agama
yang sempit.
"Bersama
Menentang Ekstremis!"
IKUTI KAMI 👇
https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment