KEGANASAN: TELA’AH TERHADAP KONSEP JIHAD FI SABILILLAH
Sumber: Khairunnas Rajab, Fikri MahmudShariah Journal, Vol. 18, No. 3 (2010) 603-628
SIRI 4: JIHAD TIDAK SELALU BERMAKNA PERANG
Dalam
al-Qur’an, pengertian jihad tidak selalu bermakna “perang” menggunakan senjata,
melainkan “perjuangan” atau “perlawanan” secara umum. Sebaliknya perang
bersenjata diungkapkan dengan perkataan “al-Qital” atau “al-Harb.” Dalam
literatur Islam juga tidak dijumpai istilah keganasan atau terorisme, yang ada
hanyalah istilah al-Hirabah dan al-Bughah. Al-Hirabah adalah aksi jenayah yang
dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan orangorang bersenjata untuk
menciptakan ketakutan, membunuh atau menumpahkan darah, merampas atau merusak
harta benda, tanam-tanaman, binatang ternak dan sebagainya. Sedangkan al-Bughah
digunakan untuk menyebut kumpulan pemberontak yang tidak lagi mentaati dan
bahkan mengadakan perlawanan bersenjata terhadap kerajaan yang terpilih secara
sah.
Kedua-dua
perkara ini memiliki perbezaan dengan terorisme. Terdapat banyak faktor yang
menyebabkan timbulnya kesalahfahaman terhadap Islam umumnya dan jihad
khususnya, antaranya adalah kerana sentimen agama. Agama Yahudi, Nasrani dan
Islam sebenarnya berasal daripada satu rumpun, iaitu agama Nabi Ibrahim. Tetapi
ketiga-tiga pemeluk agama ini selalu bersaing sejak zaman Nabi Muhammad lagi dan berterusan sehingga ke hari ini.
Ketika wilayah-wilayah yang dahulunya dikuasai Barat Kristian (Rom) ditakluk
oleh kaum Muslimin dan diikuti oleh ramai penduduk wilayah tersebut memeluk
Islam, umat Kristian kehilangan pengaruh. Impak psikologi yang ditimbulkannya
ialah punca rasa cemburu, iri hati, dengki yang berkembang menjadi fitnah.
Secara
ketenteraan, mereka tidak mungkin melawan umat Islam, oleh sebab itu mereka
melancarkan perang pemikiran (ghazw al-fikr).
Saint John adalah orang pertama yang menyusun buku pedoman bagi umat
Kristian untuk berpolemik dengan umat Islam.
Kemudian diikuti pula oleh ‘Abd al-Masih al-Kindi di Sepanyol. Ia
menulis Risalah atau Apology untuk membela kepercayaan Kristian. Dia
menggambarkan Nabi Muhammad sebagai seorang pembunuh, dia tidak lupa mengkritik
konsep jihad dan peperangan-peperangan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Pemikiran-pemikiran
Saint John dan al-Kindi telah menimbulkan pengaruh yang amat luas dan lama di
seluruh Barat, sama ada dalam karya-karya sastera mahupun karya akademik yang
dihasilkan oleh para orientalis kemudiannya. Tetapi pihak gerejalah yang banyak
bertanggungjawab dalam menimbulkan imej negatif tentang Islam, ini sudah pun
diakui oleh gereja. Selepas Majelis Vatican II (1962-1965), gereja berusaha
kembali untuk memulihkan imej Islam yang sudah terlanjur buruk di dunia Barat
itu.
"Bersama Menentang Ekstremis!"
IKUTI
KAMI 👇
https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment