Isu murtad merupakan kes yang berat dalam Islam. Sedangkan dalam sistem perundangan Islam telah jelas menetapkan,
bahawa apabila seseorang keluar daripada Islam sedangkan ia baligh dan berakal
maka ia diajak untuk kembali kepada Islam hingga tiga kali disertai peringatan.
Jika ia kembali setelah itu maka akan diterima dan jika menolak maka akan
dibunuh. Allah SWT berfirman:
“Barangsiapa
yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka
mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah
penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (QS Al-Baqarah: 217)
Allah
SWT sekali-kali tidak membenarkan mana-mana orang Islam untuk murtad kerana
jika mereka masih berkeras untuk murtad meskipun setelah dinasihati dan diberi
peluang untuk bertaubat, mereka tidak lagi layak untuk hidup dan hukuman bagi
mereka adalah dibunuh.
Sekiranya seseorang secara bangga mengumumkan kemurtadan
mereka dari Islam dan mengajak orang lain untuk menyertai mereka, mereka ini
sebenarnya ‘pelampau’ yang menghina agama Islam. Murtad WAJIB dicegah bukan dirawat, kerana
rawatan hakiki yang layak bagi orang-orang murtad dan tidak mahu bertaubat
adalah kematian!
Dalam kes Sharifah Farleaton (singkatan Lea), yang kini
tinggal di Australia, melalui Facebooknya, secara terang-terang mengumumkan
dengan bangganya bahawa dia telah murtad bahkan bertindak menghina Nabi
Muhammad SAW, menghina agama Islam dan mengajak umat Islam lain supaya turut
murtad. Ini adalah suatu perbuatan yang jijik, hina, kesalahan yang serius di
sisi Islam dan melampaui batas.
Sumber: Bayan Linnas Siri ke-55
FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment