ISLAM MENGANJURKAN AKHLAK YANG BAIK



Islam memerintahkan supaya manusia berbuat baik terhadap saudaranya, sekalipun mereka itu pemeluk agama lain. Berpegang teguh kepada kebenaran tidak beerti harus menjauhi kaum kerabat atau keluarga yang beragama lain. Allah s.w.t berfirman dalam Surah Luqman ayat 15:
Maksudnya: Dan bargaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal soleh). Kemudian kepada Aku lah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

Islam telah menggariskan bahawa umat berkembang mengikut peradabannya, semua dapat terjamin apabila anggota masyarakat mempunyai akhlak yang baik. Jika sesebuah negara tidak mempunyai akhlak, negara pasti akan merosot sebagaimana sebuah syair mengatakan:

“Teguhnya bangsa tergantung pada akhlaknya, apabila akhlaknya lenyap, maka akan lenyaplah bangsa”

Menurut Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang meriwayatkan seperti berikut:

Kami berada di dalam sebuah rumah dan di dalamnya terdapat beberapa orang dari kaum Muhajirin dan kaum Ansar. Pada masa itu datanglah Rasulullah s.a.w dan kemudiannya mendekati pintu dan berpegang pada kedua belah tiangnya sambal bersabda:

“Pemimpin-pemimpin adalah dari Quraisy. Aku telah diberi hak yang amat besar untuk memimpin kalian. Orang-orang Quraisy pun mendapat hak itu selama mereka menunaikan tiga perkara:
1      1. Apabila diminta belas kasihan, mereka akan memberi kasing sayang;
2      2. Apabila memutuskan sesuatu perkara, mereka berlaku adil;
    3. Apabila berjanji, mereka menepati

Barangsiapa yang tidak menunaikan hal itu dia akan dilaknat oleh Allah oleh para malaikat dan segenap umat manusia”

Hadis tersebut menjelaskan bahawa kedudukan suatu bangsa, negara atau keluarga tergantung kepada akhlak. Apabila suatu bangsa atau umat yang kurang sempurna hubungannya dengan Allah s.w.t atau kurang tinggi martabatnya dikalangan manusia, maka kekurangan itu sebenarnya disebabkan oleh kurangnya keutamaan yang dihayatinya dan kerana rosaknya akhlaknya.

Sumber: Buku Khuluqul Muslim

FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre

"BERSATU MENENTANG KEGANASAN"



Comments