Firman Allah SWT dalam Surah As-Saff, ayat 10-11:
Wahai orang-orang yang beriman!
Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari
azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan
rasulNya, serta kamu berjihad di Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang
demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat
yang sebenarnya).
Ada sebahagian umat Islam hari
ini terperangkap dengan memahami kalimah jihad hanyalah berperang menentang
musuh Islam. Apabila disebut jihad, mereka menganggap jihad bererti memerangi
orang kafir semata-mata. Namun mengikut majoriti ulama, makna jihad adalah luas
iaitu dimaksudkan dengan mengerah seluruh tenaga dan keringat bagi tujuan yang
mulia di sisi Islam terutama menegakkan Islam dan mempertahankannya.
Menyelamatkan nyawa manusia juga
adalah perkara yang mulia dan menjadi suatu tuntutan dalam Islam. Maka tindakan
menyelamatkan nyawa adalah satu tindakan besar dan mulia dalam keadaan yang
tetap memelihara iman serta tidak melampaui tindakan. Lebih-lebih lagi dalam
krisis wabak COVID-19 kita dapat lihat para petugas di barisan hadapan seperti
para doktor, jururawat, anggota PDRM, ATM, RELA, serta anggota yang terlibat
secara langsung atau tidak merupakan barisan yang sedang berjihad dan mendapat
pahala jihad bagi kalangan beragama Islam.
Menjaga nyawa manusia adalah
adalah suatu tuntutan dalam Islam. Mencegah penularan Covid-19 untuk menyelamatkan nyawa manusia adalah satu
jihad. Mereka mengorbankan tenaga dan masa di tempat bekerja bagi menghadapi
wabak ini untuk ditangani.
Allah SWT berfirman dalam Surah
Al-Baqarah, ayat 207:
“Dan di antara manusia ada yang
mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula
amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.”
Ketahuilah Allah memberi ganjaran
utama kepada petugas COVID-19 berbanding golongan lain kerana mereka secara
langsung bertugas. Walaupun tidak menafikan kebaikan golongan lain namun dalam
al-Quran melebihkan golongan yang ‘bersemuka’ dengan lawannya kerana lebih
terdedah dengan pengorbanan.
Ketahuilah bahwa orang yang
berusaha mempertahankan harta, agama, darah (jiwa), dan keluarganya (orang
lain) seperti para petugas KKM, PDRM, ATM dan barisan depan yang berjuang
mempertahankan nyawa orang yang terlibat dengan COVID-19, dan orang pada umumnya
yang berusaha agar COVID-19 tidak menyebar luas merupakan orang yang berada di
jalan Allah dalam erti jihad. Jika mereka meninggal dalam proses menjalankan
tugas suci itu, akan diberi ganjaran pahala syahid.
Rasulullah SAW bersabda:
Dari Sa’id bin Zaid (ia
meriwayatkan): Aku pernah mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda: Barangsiapa
yang terbunuh kerana melindungi hartanya maka dia syahid. Siapa yang terbunuh
kerana melindungi agamanya maka dia syahid. Siapa yang terbunuh karena
melindungi darahnya maka dia syahid. Siapa yang terbunuh kerana melindungi
keluarganya maka dia syahid. (HR al-Tirmidzi).
MEREKA ADALAH WIRA YANG TIDAK DIDENDANG. HARGAILAH PENGORBANAN MEREKA DENGAN STAY AT
HOME
Sumber: Unit Penyelidikan Al-Haqcentre Malaysia
FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment