Nikah mut’ah (kawin kontrak) ini biasa dilakukan oleh kaum Syiah. Mereka melakukannya tanpa ada beban, karena memang sudah menjadi keyakinan mereka sebagaimana disebutkan di dalam kitab-kitab Syiah. Berikut inilah beberapa pandangan aneh dari kalangan tokoh-tokoh kaum Syiah tentang nikah mut’ah berdasarkan dalil daripada kitab-kitab yang menjadi rujukan mereka seperti Kitab AI- Usul Min al-Kaft, Tayhzib al-Ahkam, An Nihayah At-Thusi dan sebagainya:
1. Nikah mut’ah merupakan salah satu dasar keimanan kaum Syiah. Ja’far Shadiq berkata: “Barang siapa yang tidak mempercayai tentang Raj’ah (kebangkitan manusia dari kubur sebelum hari Kiamat) dan tidak menghalalkan mut’ah maka bukan termasuk golongan kami”.
2. Nikah mut’ah kononnya sebagai pengganti dari minuman yang memabukkan.
3. Ancaman yang keras bagi seseorang yang meninggalkan nikah mut’ah. Kaum Syi’ah mengatakan: “barang siapa yang keluar dari dunia (meninggal) dan tidak melakukan mut’ah maka dia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan hidungnya terpotong (rompong)”
4. Seseorang yang melakukan nikah mut’ah maka akan mendapatkan pahala yang besar. Sehingga mereka memiliki keyakinan bahwa seseorang yang melakukan nikah mut’ah sebanyak empat kali maka darjatnya sejajar dengan Rasulullah s.a.w.
5. Boleh melakukan nikah mut’ah dengan para gadis tanpa izin dari walinya.
6. Tidak ada satu mazhab pun yang membolehkan menikahi isteri orang lain secara mut’ah kecuali mazhab Mazdakiyyah yang menghalalkan amalan seks bebas. Demikian pula dengan kaum Syi’ah, mereka membolehkannya.
7. Bolehnya bermut’ah dengan wanita pelacur.
8. Kaum Syi’ah menghalalkan pinjam-meminjam isteri.
Demikian, sebahagian pemikiran dan keyakinan kaum Syiah tentang nikah mut’ah yang menggambarkan bahwa amalan nikah mut’ah merupakan kerosakan moral dan amalan seks bebas dan penuh dengan kedustaan yang mereka nisbahkan kepada agama yang mulia ini. Fahaman nikah mut’ah Syiah ini pun sudah cukup menunjukkan bahawa Syiah bukan ajaran Islam. Islam mengharamkan zina tetapi Syiah menghalalkan perzinaan. Ajaran apakah ini?
Sehingga sangat menghairankan ketika sebahagian orang yang mendapatkan julukan “cendekiawan Islam” membela tanpa melihat agama Syiah yang mengusung pemikiran aneh dan menyesatkan. Bahkan sebagai “cendekiawan Islam”, mereka mengatakan dengan penuh kejahilan bahawa mazhab Syiah sama dengan mazhab yang empat, sehingga mereka berusaha mendekatkan Agama Syiah dengan agama Islam.
Sumber: Majalah As-Sunnah, Majlis Agama Islam Selangor
FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre
“BERSATU MENENTANG KEGANASAN”
Comments
Post a Comment