Golongan berfahaman Syiah mempunyai pandangan yang sangat tidak munasabah dan menyesatkan berkenaan dengan para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Mereka menganggap para sahabat sebagai orang-orang yang mengkhianati Rasulullah S.A.W. Mereka juga mengatakan bahawa para sahabat Rasululllah S.A.W. telah murtad selepas kewafatan Baginda. Malah, mereka mengatakan para sahabat Rasulullah S.A.W. telah mengubah al-Quran dan mengurangkan isinya.
Kitab-kitab yang mereka tulis dipenuhi dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata keji terhadap para sahabat Rasulullah S.A.W. yang telah diredhai dan dikasihi oleh Allah S.W.T. dan RasulNya. Sebagai contoh ,mereka menuduh Saidina Abu Bakar telah mengenepikan hukum al-Quran dengan mereka-reka hadis palsu yang berbunyi: “Kami (nabi-nabi) tidak diwarisi, harta yang kami tinggalkan adalah sedekah”. Kemudian, mereka mendakwa hadis yang diriwayatkan oleh *Saidina Abu Bakar R.A. itu bertentangan dengan beberapa ayat al-Quran iaitu Surah an-Nisa, ayat 11, surah an-Naml, ayat 16 dan surah Maryam, ayat 5-6. Oleh itu, mereka membuat tuduhan bahawa hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar tersebut adalah bertentangan dengan al-Quran dan mesti ditolak, sedangkan hadis yang dikatakan diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar itu hanyalah rekaan mereka semata-mata untuk memburukkan Saidina Abu Bakar sahaja.
Dengan rekaan hadis tersebut yang jelas untuk tujuan keduniaan adalah selaras dengan tuduhan Syiah yang mendakwa Saidina Abu Bakar seorang yang munafik yang berpura-pura memeluk Islam untuk merampas kuasa.
Justeru itu, perkembangan gerakan Syiah untuk menyebarkan ajaran sesat yang bertentangan sama sekali dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara kita akhir-akhir ini tidak seharusnya dipandang sambil lewa sahaja. Ia seharusnya dianggap sebagai amaran-amaran bahaya yang tidak siapa dapat menduga padahnya nanti sekiranya tidak diambil perhatian yang serius dan tindakan yang sewajarnya untuk membendungnya daripada terus berkembang.
Sumber: Kertas Seminar
Hal Syiah di Negeri Sembilan dan Buku Mengenal Hakikat Syiah terbitan Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan.
Comments
Post a Comment