BAHAYA TAFSIRAN SALAH DAN MENGELIRUKAN GOLONGAN SYIAH TERHADAP ‘AHLUL BAIT’


BAHAYA TAFSIRAN SALAH DAN MENGELIRUKAN GOLONGAN SYIAH TERHADAP ‘AHLUL BAIT’   


‘Ahlul Bait’ bagi seseorang dalam Bahasa Arab bermaksud isteri, anak, menantu dan orang yang sama keturunannya. ‘Ahlul Bait’ Rasulullah s.a.w adalah seperti firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 33:

Bermaksud: “Hendaklah mereka (para isteri nabi s.a.w) menetap di rumah-rumah, dan janganlah berlagak mendedahkan aurat seperti lagak orang-orang jahiliyah dahulu, dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kekejian daripada kamu Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”

Namun, berdasarkan ayat tersebut, ‘Ahlul Bait’ menurut pandangan Syiah 12 hanya melibatkan Saidina Ali, Fatimah, Hassan dan Hussin r.a sahaja. Mereka mengeluarkan isteri-isteri dan kaum kerabat Rasulullah s.a.w daripada pengertian ‘Ahlul Bait’ yang terdapat dalam Surah al-Ahzab. Golongan Syiah ini juga mendakwa bahawa ‘Ahlul Bait’ adalah maksum. Kedua-dua pandangan inilah yang sebenarnya menjadi asas kepada seluruh ajaran bidaah yang terdapat dalam fahaman Syiah serta pertentangannya dengan ajaran Sunnah. 

Berdasarkan pegangan golongan Syiah yang jelas bertentangan dengan al-Quran dan Hadis ini menunjukkan pada hakikatnya golongan Syiah ini sebenarnya tiada hubungan dengan Ahlul Bait. Oleh itu, mengapa lagi kita perlu yakin dengan fahaman yang disebarkan oleh golongan Syiah ini sekiranya jelas ianya terpesong jauh daripada agama Islam yang sebenar.

Sumber: Buku Mengenal Hakikat Syiah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Comments