PENGIMARAHAN MASJID ADALAH TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UMMAH AGAR KEHIDUPAN SENTIASA DIRAHMATI ALLAH SWT
Sepanjang
dunia dilanda pandemik COVID-19, semua rumah-rumah ibadat diarahkan tutup oleh
pihak pemerintah negara. Ini termasuklah masjid-masjid di seluruh Malaysia. Ada
diantara kita yang hampa kerana tidak dapat menyeri dan mengimarahkan masjid
seperti selalu. Namun, selepas hampir tiga bulan penantian, kini masanya untuk
kita sebagai umat Islam kembali mengimarahkan rumah-rumah Allah.
Sabda
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila
kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid, maka
persaksikanlah keimanan untuknya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan
Ahmad)
Seperti
ungkapan seorang ulama terkenal dari Mesir, Al-Syaikh Abdul Hamid Kishk “masjid
adalah jantung masyarakat” maka kita digalakkan untuk bersama-sama dan menyeru
komuniti setempat agar ‘menghidupkan’ kembali masjid-masjid yang sudah lama
‘lena’. Orang-orang yang beriman hatinya pasti merindui untuk hadir solat
berjemaah dan beribadah di masjid dan sebagai tanda orang-orang yang beriman,
hatinya sentiasa terpaut dengan masjid.
Firman
Allah SWT:
“(Nur
hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di
masjid-masjid yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan
disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat
mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.” (QS al-Nur: 36)
Justeru,
mari sama-sama kita menggunakan ‘peluang kedua’ dari Allah SWT ini untuk
melakukan tugas-tugas dan tanggungjawab kita yang sepatutnya sebagai umat
Rasulullah SAW dalam mengimarahkan masjid dengan melaksanakan solat secara
berjemaah lima waktu, berzikir, membaca al Quran, bermunajat dan berdoa kepada
Allah SWT. Mudah-mudahan dengan usaha-usaha itu Allah SWT akan mengampunkan
segala dosa kita dan memperkenan doa kita serta merahmati kehidupan kita di
dunia dan akhirat.
Sumber:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Comments
Post a Comment