STRATEGI POLITIK HIZBUT TAHRIR UNTUK MENEGAKKAN KHILAFAH ISLAMIYAH AKAN MEMPROMOSI KEGANASAN YANG BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA DAN GLOBAL
Hizbut
Tahrir merupakan gerakan Islam transnasional yang bergerak dalam dakwah dan
politik (bukan sistem demokrasi). Hizbut Tahrir berjuang untuk mendirikan
Khilafah Islamiyah bagi menggantikan sistem pemerintahan di muka bumi yang
dikatakan tidak mengikut sistem politik Islam yang sepatutnya ditadbir
berdasarkan syariat Islam. Hal ini kerana Hizbut Tahrir melihat kondisi umat
Islam diseluruh dunia terus mengalami kemerosotan dan dikuasai oleh sistem
pemerintahan sekular dan liberal dengan segala bentuk modernisasi Barat.
Perkembangan
Hizbut Tahrir sebagai organisasi politik berideologi Islam dengan misi global
perlu diberi perhatian sebagai isu internasional yang berpotensi mengancam
kestabilan dan keamanan global. Hizbut Tahrir pada awal pembentukannya oleh
Syekh Taqiuddin an-Nabhani cenderung menggunakan metod persuasif, jauh dari
kekerasan apalagi tindakan terorisme untuk menjalankan misi utamanya. Namun,
pada akhir 1980an struktur kepemimpinan Hizbut Tahrir yang beralih ke generasi
muda merasa Hizbut Tahrir tidak progresif dalam upaya pencapaian misi utamanya
iaitu Khilafah Islamiyah.
Ideologi
transnasionalisme Hizbut Tahrir lebih merepresentasikan pergerakan
“sentrifugalisme” Islam, di mana misi politiknya adalah menyatukan masyarakat
Islam nasional dan lokal di seluruh dunia di bawah autoriti tunggal Khilafah
Islamiyah. Doktrin tersebut diakui oleh para aktivis Hizbut Tahrir sebagai
antitesis ideologi yang bersiap sedia untuk menandingi, bahkan menggantikan
sistem politik sekularisma yang dijalankan di serata dunia.
Oleh itu, pihak bertanggungjawab perlu membuat langkah pencegahan dari awal supaya ideologi Hizbut Tahrir tidak terus berkembang. Adalah tidak mustahil gerakan ini akan ‘mengangkat senjata’ demi mencapai misi menegakkan Khilafah Islamiyah.
Sumber:
Jurnal Ilmiah Keislaman, Vol. 17/1 (2018), Universiti Riau
Comments
Post a Comment