Liberalisme
adalah satu falsafah hidup yang mengutamakan kebebasan akal sebagai matlamat
utama kehidupan. Ideologi sebegini akan mendorong manusia ke arah pembebasan
diri dari sebarang halangan moral, seterusnya mengurangkan ketegasan agama
dalam mengatur kehidupan setiap manusia.
Di
Malaysia, kepincangan dan ketidakstabilan sistem politik memperlihatkan
kumpulan liberalisme ini semakin berani tampil di khalayak ramai dan tanpa
sembunyi menyatakan hasrat-hasratnya yang kononnya dikatakan hak asasi mereka
tidak dihormati. Secara umumnya,
fahaman liberal ini mempunyai tiga asas utama iaitu:
1.
Kebebasan
Setiap individu bebas untuk melakukan apa
sahaja perbuatan yang ingin dilakukan. Pihak pemerintah atau kerajaan tidak
mempunyai kuasa untuk membuat peraturan atau tegahan dan mereka juga tidak
terikat dengan peraturan agama.
2. Individualisme.
Aspek ini mengandungi dua pengertian, iaitu
pengertian mengenai sikap keakuan (ananiyah) dan cinta terhadap diri sendiri.
Pemahaman ini menguasai pemikiran orang Eropah sejak zaman kebangkitan Eropah
sehingga abad ke-20 Masihi. Pengertian kedua bermaksud kemerdekaan diri dan ini
adalah fahaman baharu dalam anutan liberalisme yang dipanggil sebagai
pragmatisme.
3.
Rasionalis
Ini bermaksud penggunaan akal semata-mata dalam
mencari dan mencapai sesuatu kepentingan dan manfaat tanpa memerlukan kekuatan
yang lain. Contohnya, kebebasan adalah hak yang dibangunkan atas kepentingan
kebendaan semata-mata dan ia dapat diperoleh melalui penggunaan akal
semata-mata.
Kesimpulannya, amat menghairankan wujud
golongan mempertahankan fahaman liberalisme dan sanggup menyatakan fahaman
Islam liberal sedangkan ia bertentangan dengan Islam. Perkara ini perlu
dibendung kerana ia akan memesongkan akidah masyarakat Islam.
Sumber: Berita Harian- 5 Ogos 2017
Comments
Post a Comment