Dalam beberapa abad kebelakangan ini, umat Islam diresahkan dengan kemunculan aliran-aliran menyimpang yang mula berani menonjolkan identiti masing-masing di peringkat umum termasuklah dari gerakan teroris seperti ISIS, Syiah, Hizbut Tahrir dan sebagainya.
Jika dilihat secara teliti, tidak hanya mereka yang memiliki tahap pendidikan rendah yang boleh terpujuk atau terpengaruh mengikut aliran sesat tersebut, bahkan mereka yang memiliki tahap pendidikan yang tinggi turut terbawa mengikuti aliran-aliran tersebut.
Oleh itu, sebagai seorang Muslim, bagaimanakah sikap terbaik yang boleh kita lakukan dalam menghadapi pelbagai ajakan yang tidak kita ketahui apakah ajaran itu benar atau sesat?
Disini disenaraikan tujuh langkah yang boleh diambil untuk membenteng diri supaya tidak terpengaruh dengan sesuatu ajaran sesat iaitu:
i. Memberi kesempatan kepada akal untuk memahami (jangan mudah terikut-ikut tanpa berfikir dengan baik).
Janganlah tergesa-gesa menerima atau menolak sesuatu ajakan. Berilah kesempatan dan waktu kepada akal untuk memikirkan kebenarannya. Jangan sampai kita menerima sesuatu sementara akal kita tidak memahaminya dengan baik sehingga akhirnya kita terikut-ikut kerana sudah menjadi lumrah kehidupan orang sekeliling.
ii. Memberi kesempatan kepada hati untuk merasakan (hati boleh mempertimbangkan benar atau salah).
Hati juga menjadi salah satu alat yang boleh memberikan pertimbangan kepada kita. Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa hati mampu memberikan pertimbangan kepada kita tentang hal yang bail dan hal yang buruk.
iii. Menimbulkan kesedaran dalam diri bahawa kita bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.
Sesungguhnya semua perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
iv. Bertanya kepada orang yang ahli (pakar) dalam bidang tersebut.
Sekiranya datang suatu ajakan dan kita tidak terlalu memahami sesuatu perkara tersebut, maka kita harus mencari orang yang ahli dalam bidang tersebut. Bahkan, digalakkan untuk mencari sumber lain bagi membanding dan memahami sesuatu perkara itu dengan baik.
v. Mengikuti kebenaran yang majoriti (berdasarkan pandangan ulama yang diterima ramai).
Terdapat masih ramai alim ulama yang hidup disekeliling kita. Mereka adalah orang-orang yang sentiasa berpegang teguh dengan kebenaran. Jika ada sesuatu ajakan tertentu, maka ikutilah pendapat majoriti orang alim ulama seperti mereka.
vi. Bergaul dengan masyarakat (jangan memisahkan diri dari masyarakat).
Beberapa pihak sering mengambil kesempatan terhadap individu yang terasing kehidupannya. Oleh itu, adalah lebih ideal sekiranya bergaul dengan masyarakat dan mengikut pendapa organisasi rasmi yang disahkan pemerintah adalah lebih baik dan boleh menghindarkan diri dari terjebak dengan aliran sesat.
vii. Berdoa agar dikurniakan hidayah.
Doa adalah senjata seorang mukmin. Dengan doa yang khusyuk dan ikhlas, moga Allah menuntut langkah kita menuju jalan yang benar danmenjauhkan kita dari kesesatan.
Sumber: https://alhaqcentremalaysia.com/?p=659
Comments
Post a Comment