Kalau
kita tanya kepada mana-mana orang Islam, apa sumber agama kita? Kita semua akan
sepakat mengatakan Al-Quran dan Hadis. Kalau kita tanya orang Syiah, mereka
akan jawab yang sama juga; Al-Quran dan Hadis. Tetapi jangan tertipu, kita kena
lihat perinciannya.
Adapun
tentang Al-Quran, mereka mengatakan Al-Quran yang ada pada kita sekarang ini
hanya satu pertiga dari Al-Quran yang sebenar. Mereka kata, para Sahabat telah
sembunyikan atau musnahkan dua per tiga yang selebihnya.
Mereka
mendakwa para Sahabat musnahkan dua per tiga Al-Quran itu kerana di dalam dua
per tiga itu ada surah Al-Wilayah (Pemerintahan), dan di dalam surah ini ada
ayat di mana Rasulullah secara jelas melantik Ali sebagai khalifah selepas
kewafatan Baginda. Oleh kerana para sahabat cemburu dan dengki serta zalim, mereka
menyorokkan Al-Quran ini.
Kita
bukan mentohmah mereka, kita tidak sekadar mendakwa, ini adalah apa yang
terkandung di dalam kitab-kitab mereka, apa yang disebut oleh syeikh-syeikh
mereka, ulama-ulama mereka.Ini tentunya masalah, mendakwa Al-Quran tidak
sempurna. Secara tidak langsung mereka mendakwa agama Islam yang sampai kepada
kita tidak sempurna. Itu dari segi Al-Quran. Bagaimana dengan hadis?
Dalam
hadis lebih dahsyat. Mengapa? Ini kerana orang Syiah mengkafirkan para Sahabat.
Bagaimana Al-Quran dan Hadis sampai kepada kita pada hari ini? Ia daripada
Rasulullah, tetapi daripada Rasulullah, kemudian sampai kepada generasi
berikutnya, dan generasi berikutnya dan berikutnya sehingga ke hari ini,
bagaimana ia bersambung dan diwarisi kalau bukan melalui para Sahabat.
Para
sahabat adalah orang beriman dan bertemu dengan Rasulullah. Apabila Syiah
mengkafirkan para sahabat, secara tidak langsung dia akan menolak semua
hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat. Jadi boleh kita bayangkan,
contohnya, kalau kita hendak merujuk hadis kita kembali kepada buku hadis
seperti Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, buku-buku hadis yang lain. Bagaimana
Sahih Bukhari, Sahih Muslim ini di sisi orang-orang Syiah? Tidak ada nilainya
sama sekali.
Kenapa?
Kerana semua perawi-perawinya telah kafir. Abu Bakar yang merupakan sebaik-baik
sahabat pun dikafirkan, Omar pun kafir, kalau bukan dengan macam-macam lagi
tuduhan yang lain
Apabila mereka mengatakan
Al-Quran tidak sempurna, hadis mereka tolak, apa lagi yang tinggal?
Sumber: Rakaman ceramah
Bahaya Syiah oleh Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman
Comments
Post a Comment