Umpama sebiji epal yang diperah sudah pasti mengeluarkan pati jus epal atau sebiji oren yang diperah akan menghasilkan jus oren. Begitu juga perumpamaan hati manusia, hati yang bersih akan mengeluarkan kata-kata yang baik dan menyenangkan, manakala hati yang tidak baik dengan pelbagai prasangka serta pandangan negatif akan diterbitkan daripada bibir orang yang hatinya penuh prasangka buruk.
Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah dari ayahnya, seseorang bertanya: siapa orang terbaik itu? Rasulullah SAW menjawab: “Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya.” Ia bertanya: Lalu siapa orang yang terburuk itu? Rasulullah SAW menjawab: “Orang yang panjang umurnya tapi buruk amalnya.” (HR Tirmizi: 2252)
Maka, di dalam kehidupan manusia yang penuh singkat ini kita sebagai hamba Allah SWT hendaklah sentiasa berbuat baik dan sentiasa beramal soleh. Hal ini kerana Allah SWT telah menjanjikan bahawa manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dalam keadaan melakukan amal soleh. Orang yang paling baik adalah yang paling banyak amal kebaikannya dengan sebab umur yang bertambah dan membolehkannya melakukan amal soleh berterusan walaupun dia telah meninggal dunia.
Namun, orang yang paling buruk juga diberikan umur yang panjang oleh Allah SWT. Mengapa? Kerana di sepanjang usianya dibazirkan melakukan maksiat dan dosa. Andai kata kita adalah sebahagian daripada golongan ini, bukankah kita termasuk dalam golongan yang rugi. Kita sudah tidak mempunyai masa yang panjang kerana Allah SWT akan menarik usia kita pada bila-bila sahaja. Sebagaimana firman Allah:
''Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, nasihat-menasihati dengan kebenaran, serta nasihat-menasihati dalam kesabaran.” (QS al-Ashr: 1-3)
Jadi, mulai sekarang bersihkanlah hati dan diri dari sebarang dosa dan maksiat. Semoga umur yang Allah kurniakan kepada kita sentiasa digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui pelbagai amal soleh khususnya amal yang menjadi fix deposit berterusan walaupun setelah meninggal dunia.
Sumber: Laman Web UTM (people@utm) dan Berita Harian “Hati penentu baik, buruk kehidupan” (17 Mac 2016)
Comments
Post a Comment