BAHAYA HIZBUT TAHRIR!!!! MERACUNI PEMIKIRAN MASYARAKAT MELALUI IDEOLOGI RADIKAL DAN TAKFIR (MENGKAFIRKAN ORANG LAIN) DENGAN BERTOPENGKAN PERJUANGAN MENEGAKKAN KHILAFAH ISLAM
Hizbut Tahrir mendakwa bahawa
perjuangan mereka bukan membawa keganasan sepertimana kumpulan militan yang
lain. Namun, pergerakan Hizbut Tahrir sebenarnya menerapkan ideologi yang sama
dengan kumpulan militan atau teroris yang lain iaitu menerapkan ideologi
radikal takfir (mengkafirkan orang lain).
Dalam menerapkan ideologi radikal
iaitu menolak demokrasi dan sistem yang diamalkan oleh semua negara termasuk
negara Islam sekarang ini, mereka mempunyai strategi tertentu yang dilakukan
secara bertahap. Strategi ini merupakan titik tolak dalam menyampaikan ideologi
sesat mereka itu yang melibatkan tahap berinteraksi dengan masyarakat atau juga
disebut sebagai fasa 'Nuqtatul Intilaq' (titik tolak dakwah). Melalui tahap
beginilah Hizbut Tahrir cuba menyebarkan fahaman radikalnya kepada masyarakat
untuk mengajak masyarakat menolak sistem yang ada dan melabelkan pemerintah
serta sistem yang ada sebagai kufur yang wajib digulingkan menggunakan
kekerasan dan gerakan revolusi. Hal ini juga dilakukan oleh pergerakan Hizbut
Tahrir Malaysia di mana mereka mengajak rakyat Malaysia menolak sistem
demokrasi dan pilihanraya, melabel pemerintah sebagai kufur dan mempengaruhi
rakyat di negara ini supaya bangkit dan ikut bersama mereka menyusun kekuatan
bagi menumbangkan kerajaan yang ada sekarang ini.
Pada tahap ini, Hizbut Tahrir
memang nampak ideal dan tidak ganas atau belum melakukan apa-apa aktiviti
keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara. Namun, jika pergerakannya semakin berkembang dan mereka
mula bergerak kepada fasa yang seterusnya, ia akan menjadi seperti juga kumpulan militan yang lain yang
akan melakukan tindakan keganasan atas nama 'jihad'.Dalam fasa berinteraksi
dengan masyarakat untuk menyemai ideologi takfir dan militan ini, mereka
melakukan kegiatan-kegiatan seperti berikut:
Pertama, pembinaan 'Tsaqafah
Murakkazah' (intensif) melalui halaqah-halaqah untuk para pengikutnya. Ianya
dalam rangka membentuk kerangka gerakan, menambahkan anggota serta mewujudkan
peribadi-peribadi yang islami yang mampu memikul tugas dakwah dan sedia
mengharungi cubaan samada melalui pergolakan fikiran mahupun perjuangan
politik.
Kedua, pembinaan 'Tsaqafah
Jama’iah' dengan cara menyampaikan idea-idea dan hukum-hukum yang telah
ditetapkan Hizbut Tahrir secara terbuka kepada masyarakat umum. Selain
bertujuan untuk mewujudkan kesedaran umum mengenai ideologi yang menjadi
pegangan Hizbut Tahrir, ia juga untuk mengumpul kekuatan rakyat sehingga mereka
dapat dipimpin untuk menegakkan Daulah Islamiyyah.
Sebenarnya Hizbut Tahrir dalam mengembangkan
ideologinya telah menerapkan ideologi militan dan takfir kepada masyarakat.
Mereka menyemai ideologi yang menentang idea-idea lain selain fahamannya,
menentang kelompok-kelompok politik yang tidak berasaskan Islam sepeeti yang
mereka faham, melawan negeri-negeri dan penguasa yang dianggap kafir. Ini
menunjukkan betapa bahanya Hizbut Tahrir walau di Malaysia mereka hanya
bergerak secara ‘underground’ dan masih belum melakukan tindakan keganasan.
Namun, masa saja yang akan menentukan tindakan ganas mereka jika terus
dibiarkan mereka berkembang di negara ini.
Sumber: Al-Fikra:
Jurnal Ilmiah Keislaman, Vol. 17, No. 1 (2018)
Comments
Post a Comment