Dalam meniti
kehidupan seharian, umat Islam disarankan supaya sentiasa bermuhasabah diri
terhadap setiap amalan yang dilakukannya. Rasulullah SAW telah mengajarkan kita
bahawa setiap perbuatan haruslah diawali dengan bismillahirrahmanirrahim, yang
bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan
melafazkan Alhamdulillah setelah melaksanakan sesuatu tugasan.
Bila berbicara
tentang sifat penyayang, sudah pasti ia akan berkait dengan sifat lemah lembut.
Sesungguhnya, umat Islam amat dituntut untuk memiliki sifat tersebut kerana
sifat tersebut sangat dicintai oleh Allah SWT dan ia merupakan salah satu sifat
peribadi Rasulullah SAW. Daripada Aisyah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya
sifat lemah-lembut tidak terdapat pada sesuatu melainkan ia menambah keelokan,
dan tidak dicabut pada sesuatu perkara melainkan sebagai celaan padanya.” (HR
Muslim)
Memiliki sifat
lemah lembut dan penyayang akan menjadikan seseorang cantik pada pandangan
manusia dan disisi Allah SWT sebaliknya kekerasan menjadikan seseorang dicela
disisi Allah dan pada pandangan manusia kerana Allah hanya sayang kepada orang
yang baik akhlaknya.
Justeru, marilah
kita mempraktikkan sifat lemah lembut dan penyayang di antara satu sama lain
mulai dari hari ini. Kerana bersikap lemah lembut dan penyayang merupakan tanda
kesempurnaan iman seseorang Muslim. Ayuh miliki sifat rahmah – lemah lembut dan
penyayang terhadap orang lain. Moga kita menjadi warganegara yang saling
mencintai.
Sabda Rasulullah
SAW:
“Kalian tidak
masuk syurga hingga kalian beriman dan belum sempurna keimanan kalian hingga
kalian saling mencintai” (HR Muslim: 81).
Sumber: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Berita Harian “Memupuk sifat penyayang dalam masyarakat” (13 Mac 2015)
Comments
Post a Comment