Ramai di kalangan kita yang berdepan dengan kesulitan hidup hingga pada suatu saat mereka merasakan tiada siapa yang peduli dan tiada yang menyayangi diri mereka lagi. Apatah lagi apabila dengan serangan Covid-19 terjadi sejak setahun yang lalu, menjadikan diri mereka lebih lebih galau dan tidak tentu hala. Lalu, jalan penyelesaian yang mudah diambil adalah dengan mengakhiri nyawa mereka sendiri. Sebagai umat Islam, apa yang perlu kita bantu?
Dari Anas R.A, sabda Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak beriman salah seorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (HR Bukhari)
Agama Islam menjunjung tinggi nilai persaudaraan, kasih sayang dan saling mencintai antara sesama manusia, terutamanya sesama Muslim. Begitu tingginya perhatian Islam tentang jalinan persaudaraan dan kasih sayang, sehingga dikaitkan dengan kesempurnaan iman. Bahkan di dalam al-Quran juga Allah SWT berfirman:
“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (QS al – Hujurat: 49)
Oleh kerana itu, Islam memerintahkan agar para Muslim sentiasa memiliki sifat saling mengasihi sesama Muslim lainnya dengan memuliakan, menghormati, mengambil berat dan menyayangi mereka. Apalagi di waktu pandemik ini, ramai yang memerlukan sokongan moral dan kasih sayang daripada saudara seagama mereka dari segi. Oleh sebab itu, kita harus memberikan sokongan moral yang tidak berbelah selain dari bantuan berupa barangan atau derma bagi kepada mereka agar ada sedikit motivasi bagi mereka meneruskan kehidupan dalam kesulitan waktu ini.
Jangan sesekali kita bersikap pentingkan diri atau merasa suka di atas kesusahan orang lain kerana melalui rasa itu, akan terbit perasaan mazmumah lain seperti dengki dan khianat yang akan membuatkan hubungan sesama Islam itu lebih berantakan. Saudara seagama kita adalah tanggungjawab kita untuk membantu jika mereka memerlukan bantuan, memberi nasihat ketika mereka memerlukan nasihat, meminjamkan telinga kita untuk mendengar masalah dan kisah mereka, memberi sokongan dan dorongan kepada mereka dan akhir sekali jangan kita lupa untuk mendoakan kepada mereka kerana doa adalah senjata terbaik apatah lagi doa yang tidak diketahui oleh saudaranya sendiri.
Sumber: Majlis Islam Sarawak (MIS)
Comments
Post a Comment