JADIKAN MUSIBAH COVID-19 SEBAGAI PELUANG UNTUK BERMUHASABAH DAN MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH. BUKAN MENAMBAHKAN DOSA DENGAN BERSANGKA BURUK DAN MENYALAHKAN ORANG LAIN


Memang tidak dinafikan, ketika waktu ini kita semua sedang menghadapai satu ujian yang sangat hebat. Serangan pandemik Covid-19 yang semakin hari semakin membimbangkan rakyat berikutan kenaikan kes setiap hari yang mencecah ribuan. Lebih menyedihkan, ramai di antara kita yang terkesan akibat kehilangan punca mata pencarian dan menghadapi kesukaran untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Akan tetapi, dalam kita menghadapi kesukaran ini, janganlah kita menuding jari terhadap mana-mana pihak sewenang-wenangnya. Ya benar, kita semua amat tertekan dengan situasi ini, situasi terburuk hingga menyebabkan hampir kesemua rakyat negara ini terjelepuk ke tanah akibat kehilangan segala-galanya. Namun, mencari dan menyalahkan pihak lain atas ujian ini juga adalah satu perbuatan yang tidak wajar. Sabda Rasulullah SAW:

“Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saline mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu..” (HR Bukhari: 5604).

Berbaliklah kepada ajaran Islam untuk sentiasa bersikap baik atau 'husnudzon'. Bukankah Islam telah mengajar kita untuk menjauhi sikap berprasangka buruk dan mencari salah terhadap orang lain? Di masa pandemik ini, banyakkan bermuhasabah diri dan kembali ‘mengadu’ kepada Allah SWT. Ingatlah, Allah SWT tidak akan sesekali menguji hambaNya diluar kemampuan mereka. Memang sekarang kita semua sedang melalui fasa kepayahan apabila tidak mampu lagi menjalani gaya hidup normal seperti dahulu. Banyak kepayahan yang perlu dialami, tetapi untuk mencari dan menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku itu adalah perkara yang tidak wajar.  Mungkin situasi mereka lebih susah daripada kita. Maka, bermuhasabah dan bersabar dengan setiap dugaan yang dihadapi. Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang banyak mensucikan diri.” (QS al – Baqarah: 222).

Sumber: Sinar Harian (24 Disember 2020)

Comments