KESESATAN ATEIS!!! TETAP TEGUH MENOLAK KEWUJUDAN TUHAN MESKIPUN HANYA DENGAN LOGIK AKAL SAHAJA PUN KEWUJUDAN MAHA PENCIPTA (ALLAH) DAPAT DIBUKTIKAN
Berbeza dengan falsafah Barat yang jelas menolak wahyu, Islam sebagai agama yang sempurna menjadikan wahyu sebagai sumber ilmu lantas menolak akan hadirnya aliran ateisme. Mereka hanya bergantung kepada sains untuk membuktikan sesuatu kejadian lantas menolak kewujudan Tuhan kerana tidak dapat dibuktikan dengan pancaindera. Manakala Islam dapat memberikan pembuktian bahawa Tuhan itu ada dan memiliki eksistensi tersendiri yang berbeza dengan makhluk ciptaanNya.
Beberapa prinsip untuk menolak pemahaman ateisme itu perlu dilihat terhadap penciptaan akal. Sebagaimana yang termaktub dalam Surah al-Qasas ayat 60 yang mengajak manusia untuk berfikir akan penciptaan alam semesta serta berfikir disebalik yang menciptakan alam tersebut.
Oleh itu, sains diperlukan sebagai bukti tanggapan Islam khususnya orang-orang Timur yang menggunakan akal sebagai menangkis fahaman ateisme yang menolak akan hadirnya Tuhan dalam penciptaan alam. Menurut fahaman ateis, sains yang berkembang di dunia ini mengandungi beberapa fahaman seperti emperisisime, rasionalisme, naturalisme, sekularisme dan sainstisme. Kebenaran tidak akan terjadi dari sesuatu yang supernatural, oleh sebab itu sesuatu yang ghaib tidak akan diterima oleh sains. Naturalisme ini juga dikenali sebagai ateisme praktis.
Ada juga seorang ulama Indonesia, Imaduddin Abdulrahim menyatakan bahawa fahaman ateisme ini sebenarnya hanyalah omongan kosong dan tidak mungkin terdapat manusia yang ateis. Menurutnya, iblis sebagai nenek moyang jahiliahnya pun percaya adanya Tuhan, bahkan dalam kamus Bahasa Arab sekalipun tidak ada kata ateisme. Orang zaman sekarang lebih patut dipanggil 'ilhad' iaitu menyimpang atau mengingkari dari agama.
Oleh sebab itu para ulama sains Islam dulu seperti Abu Ryhan al Biruni sering kali mengekspresikan keimanannya bukan hanya dalam kitab-kitab ilmu agama, tetapi juga dalam karya-karya sainsnya. Al-Biruni tanpa segan silu memasukkan ayat-ayat al-Quran dalam karya sainsnya seperti dalam karya teori sains geologinya dan menjelaskan supaya penciptaan-penciptaan alam semesta ini pelu diambil 'ibrah' (pengajaran) oleh manusia dan sebagai tanda-tanda kebijaksanaan Allah dalam ciptaanNya
Sumber: Jurnal Studi Agama-Agama dan Pemikiran Islam - Vol. 17(1), 2019
Comments
Post a Comment