MENGAPA TERPENGARUH DENGAN ATEIS YANG TIDAK PERCAYAKAN TUHAN??? SEDANGKAN ISLAM ADALAH AGAMA YANG LENGKAP MENJELASKAN TENTANG KONSEP KETUHANAN DAN PANDUAN KEHIDUPAN

 

Dalam sejarah Ateisme di Barat, Ateis yang agak ilmiah pendekatannya adalah yang bersikap kritis terhadap ajaran Kristian dan institusi gereja. Antara tokoh yang popular adalah Giordano Bruno, Pierre Carvin Paul Tillich dan Schleirmacher. Mereka adalah pengkritik ajaran Kristian dan dianggap ateis. Nietzche mendakwa “Tuhan sudah mati”.

Ateisme pada awal era moden muncul kerana agama Kristian pada ketika itu seakan tunduk sepenuhnya kepada falsafah. Ia diterajui oleh pemikir dan ahli falsafah seperti Lessius, Mersenne, Descartes, Malebrance dan Clark. Kesamaan mereka adalah berbicara tentang Tuhan, tanpa menyebutkan tentang Jesus.

Ateisme terbina atas asas kebencian dan kebebasan sepenuhnya kepada agama. Ada yang menolak kewujudan Tuhan, ada yang menolak kerelevenan agama, ada yang menolak pengetahuan tentang Tuhan dan kewujudan-Nya. Pada mereka, agama adalah ciptaan manusia dan mempunyai amalan kuno yang merosakkan masyarakat. Bahkan konsep Tuhan sendiri dipersoal dan ditolak kerana ia dikatakan tidak logik dan tidak sesuai dengan masyarakat moden.


Berbeza dengan Islam, Al-Quran memberikan perumpamaan yang ringkas dan padat terhadap mana-mana individu ataupun golongan yang tidak mempercayai adanya Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah al-Tur ayat 36:
Maksudnya: “Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya”.

Perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan berlakunya perubahan yang ketara terhadap gaya hidup masyarakat moden hari ini. Antaranya kita terpaksa berhadapan dengan cabaran yang semakin getir dalam mempertahankan akidah yang benar. Jika dahulu kita berjaya mengawal, menyekat dan menapis segala bentuk fahaman yang cuba merosakkan akidah kita serta generasi muda kita, namun realitinya kini anak-anak muda dan remaja sangat mudah terdedah kepada pelbagai bentuk fahaman yang menyeleweng sehingga boleh merosakkan diri dan akidah mereka termasuklah fahaman ateisme.

Sumber: tanwir.my dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan


Comments