ISLAM LIBERAL BUKAN MEMPERJUANGKAN ISLAM!!! MEREKA TIDAK LAYAK MENGGUNAKAN NAMA ISLAM KERANA MEMPERJUANGKAN LIBERALISME DAN SEKULARISME BARAT YANG SESAT MALAH MENGHINA ISLAM

 

Pada peringkat awal pemikiran liberalisme ianya hanya sekadar usaha tersusun dalam masyarakat Barat untuk keluar dari zaman kegelapan yang penuh dengan konsep ketuhanan dalam agama Kristian. Usaha tersebut akhirnya membawa kepada kebebasan individu yang kemudiannya fahaman liberal ini menjadi satu kuasa yang berpengaruh sehingga ke masyarakat Barat dan Eropah termasuklah mempengaruhi para sarjana dan ahli akademik.

Lalu wujudlah pejuang-pejuang kebebasan individu dalam segenap bidang termasuklah umat Islam sendiri. Faktor munculnya pemikiran Islam liberal adalah disebabkan segelintir individu yang terpengaruh dengan pandangan dan cara hidup Barat serta peradabannya yang banyak menguasai dan mendominasi pelbagai bidang dan cabang ilmu. 

Oleh sebab itu, golongan Islam liberal ini memberi satu persepsi negatif terhadap agama Islamterutamanya dari segi hukum-hukum Islam yang dianggap telah melanggar hak-hak asasi manusia, bahkan ia tidak sesuai dengan peredaran zaman serta mengongkong penganutnya.  Oleh sebab itu, golongan berfahaman Islam liberal ini pemikirannya lebih cenderung untuk menyandarkan sesuatu hujah mereka berdasarkan kajian-kajian orientalis Barat, metodologi kajian agama lain, hak kebebasan sosial atau politik serta ekonomi mengikut konteks Barat dan falsafah sekularisme.

Perkara ini ternyata sekali amat bercanggah dengan Islam dan tidak layak sama sekali menggunakan nama Islam sebagai sandaran untuk ‘menghalalkan’ pemikiran liberal. Penggunaan nama Islam itu sebenarnya adalah supaya mereka mendapat sokongan dan perhatian dari golongan awam yang beragama Islam. Dari satu sisi kononnya mereka ini dilihat seperti memperjuangkan Islam kerana anggapan mereka sekiranya hanya berpegang kepada ajaran agama dan pandangan ulama, maka umat Islam akan terus mundur dan tidak mahu. 

Lihatlah betapa kolotnya pemikiran mereka yang berfahaman liberal ini. Merekalah sebenarnya yang ketinggalan kerana tidak berpegang kepada sumber utama Islam (al-Quran dan Hadis). Sedangkan di dalam al-Quran dan Hadis telah banyak kisah-kisah yang boleh dijadikan ibrah atau pengajaran dan kejadian-kejadian akan datang yang tidak pernah diketahui oleh manusia, perkara-perkara ghaib dan sebagainya untuk dijadikan panduan dalam kehidupan. Sekiranya diteliti setiap kandungan kalam Allah itu, sudah pastinya kita tidak akan pernah rasa ketinggalan zaman, malah terus maju dan berjaya bukan sahaja di dunia, malah turut mengutip ‘saham’ akhirat.

Sumber: International Seminar on Aqidah and Islamic Thought - 2016


Comments