IMPLIKASI ISLAM LIBERAL YANG DAHSYAT PADA NEGARA!!! MAMPU MENGGUGAT KESELAMATAN NEGARA DAN KEHARMONIAN HIDUP DALAM BERMASYARAKAT SEKIRANYA FENOMENA ‘ISLAM BASHING’ TIDAK DIBENDUNG

Tidak dapat dinafikan mutakhir ini kerap terlihat pelbagai perkembangan Islam liberal yang cukup membimbangkan. Fenomena ini juga digelar sebagai ‘Islam bashing’. Sebagai contoh, jika ada sesuatu perkara yang berlaku melibatkan insiden gangguan keselamatan, sudah pasti Islam dipersalahkan. 


Selain itu, pelbagai pemahaman yang muncul dengan menggunakan nama Islam sebagai satu cara menghalalkan matlamat mereka secara tidak langsung menjadi satu punca yang mengundang kontroversi dan melemahkan imej serta perpaduan umat Islam. Hal ini termasuklah mereka yang berpegang pada fahaman liberal. Islam hanya dijadikan sandaran supaya majoriti umat Islam terpengaruh dengan ideologi tersebut dan akhirnya menjadi norma dalam Islam walaupun jelasnya ianya bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. 


Perkembangan Islam liberal di Malaysia sekiranya tidak dibendung terutamanya pada pemikiran pemimpin-pemimpin dan para professionalisme boleh mengakibatkan kejatuhan Islam di Malaysia dan keruntuhan akidah kerana tafsiran yang dibuat hanya berlandaskan logik akal semata.


Kes-kes terdahulu yang pernah terjadi seharusnya diambil iktibar supaya perkara ini tidak berulang. Sebagai contoh, isu artikel 121 (1A). Artikel ini Memberi kuasa kepada perlembagaan bagi menghalang Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah. Apabila terdapat golongan berfikiran liberal ini untuk meminda peruntukan ini, maka kecenderungan untuk berlaku konflik di antara kaum adalah tinggi.


Isu kedua, isu penubuhan Inter Faith Commission (IFC). Tujuan penubuhan adalah menjadi suruhanjaya berkuasa menerima dan melayan aduan berkaitan agama dari semua pihak. Hal ini termasuklah Mahkamah Sivil berkuasa untuk memerintahkan Majlis Agama Islam bagi meluluskan perkahwinan masyarakat Islam yang ingin murtad. Kesemua NGO Islam menolak dan menarik diri menyertai IFC, namun ‘Sister in Islam’ sebaliknya. Jelaslah betapa tidak masuk akalnya tindakan ‘Sister in Islam’ yang hanya menggunakan nama Islam sebagai satu ‘tiket’ membenarkan perbuatannya. 


Belum lagi diulas isu G25 yang kononnya mendakwa memperjuangkan Maqasid Syariah dalam kerangka wasatiyyah seperti melawan sistem syariah, institusi Islamdan lain-lain yang dianggap terlalu jumud. Kesemua ini sekiranya diteliti secara zahir memang dilihat kononnya ingin memperbaharui Islam, namun sebaliknya agenda tersembunyinya yang ingin mengeluarkan hukum-hukum berdasarkan logik akal semata, kononnya ingin memodenkan Islam sebenarnya tanpa disedari telah melanggar norma-norma masyarakat Islam yang bergantung kepada sumber utama syariat Allah iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Akhirnya bukan sahaja akidah tergadai, malah gangguan keselamatan juga pasti akan timbul yang melibatkan masyarakat perlbagai bangsa di Malaysia.


Sumber: Unit Penyelidikan al-Haqcentre Malaysia dan Kertas Kerja Pertemuan Menteri-Menteri Agama Negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS)

Comments