AWAS DENGAN IDEOLOGI ISLAM LIBERAL YANG MEMANIPULASIKAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM!!! KEHIDUPAN MANUSIA DAN ADAT KEBIASAAN PERLU DISTRUKTURKAN BERLANDASKAN WAHYU, BUKAN SEBALIKNYA
Modernisme telah menjadi kayu ukur dalam menilai dan membuang apa yang dianggap sebagai sudah ketinggalan daripada tradisi pemikiran Islam merupakan prinsip yang dipegang oleh golongan liberal dalam melahirkan satu tafsiran Islam baru. Dengan kata lain, Islam liberal adalah pemahaman semula wahyu berdasarkan paradigma liberalisme dalam melihat kehidupan semasa.
Secara tradisinya, umat Islam menyusun kehidupan seharian berdasarkan idealisme wahyu (al-Quran dan hadis). Hal ini bermaksud, wahyu itu difahami sebagai suatu nilai yang menstrukturkan kehidupan. Dengan itu, umat Islam berusaha mengubah dan mencorakkan kehidupan mereka agar selaras dengan nilai wahyu. Tuntasnya, yang diikuti itu adalah wahyu, bukan kebiasaan manusia. Dan yang diubah itu adalah kebiasaan itu agar selari dengan wahyu, biarpun faham tersebut berbeza dengan adat kebiasaan semasa.
Namun, semenjak munculnya fahaman Islam liberal, nampaknya kehidupan manusia distrukturkan berdasarkan paradigma liberalisme. Adat kebiasaan dan syariat Islam yang tidak selaras dengan paradigma liberalisme tersebut akan diubah dan dicorakkan semula agar mempersetujui nilai terkini.
Apabila perkara sebegini berlaku, maka “a newer ‘protestant’ Islam will be born in conformity with conditions of life when Muslims liberal has interpreted the Quran to confirm those values”. Inilah kerangka asas yang menjadi pegangan golongan liberal yang kononnya berpegang kepada modernisme bagi mengukur kemajuan seseorang individu, serumpun masyarakat, sesebuah negara termasuklah sesuatu agama khususnya agama Islam. Segalanya dimanipulasikan bagi ‘menghalalkan’ fahamannya.
Oleh itu, apabila aliran pemikiran baru dalam kalangan sepuak Muslim dinamakan sebagai Islam liberal, maka seharusnya diberikan perhatian dan diambil cakna sebagai satu isu yang cuba mempengaruhi umat Islam terpesong dari akidah yang benar. Dan sebab itu juga mereka perlu dihalang dari terus menyebarkan ideologi sesat itu. Renung-renungkan.
Sumber:Jurnal Usuluddin 40-2014
Comments
Post a Comment