JANGAN KERANA MERAIH UNDI, AGAMA DAN BANGSA DIPERTARUHKAN!!! PEMIMPIN EVANGELIS SENTIASA MENUNGGU PELUANG UNTUK MEMERINTAH NEGARA DEMI MENEGAKKAN NEGARA KRISTIAN DI MALAYSIA
Kemasukan ideologi-ideologi pelampau yang menentang Islam ini bukanlah suatu perkara yang baru. Semenjak tercetusnya isu penyalahgunaan nama suci Allah, gerakan kelompok pelampau Kristian sudah menjadi ancaman keselamatan yang serius.
Oleh sebab itu, dalam pemilihan pemimpin hendaklah dipilih bukan sahaja mereka yang berkelayakan dalam kepimpinan, malah perlu kuat pegangan akidahnya serta mempunyai semangat untuk mengekalkan keharmonian negara.
Namun, baru-baru ini terutamanya pada hari penamaan calon sempena Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) didapati kebanyakan calon-calon politik ini terlalu ghairah mencari undi sehingga tanpa disedari mereka sebenarnya telah mengakibatkan pengaruh politik Islam semakin lemah dan berpecah.
Perkara ini jika dilihat dalam konteks yang luas menunjukkan bahawa ia telah memberi ruang kepada golongan musuh Islam terutamanya puak-puak evangelis untuk mengambil peluang ini dalam meraih undi masyarakat seterusnya mengambil alih barisan pucuk pimpinan negara. Sebagai rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik negara, sudah tentu dapat melihat perpecahan yang berlaku di antara parti-parti Melayu-Islam sendiri demi kepentingan diri.
Suka untuk diingatkan bahawa Pastor Ramiro Pena pernah membuat perjumpaan sulit dengan pastor-pastor gereja dan kelompok tersebut telah mengangkat ikrar untuk menegakkan negara Kristian di Malaysia. Namun, walaupun perjumpaan sulit ini telah diketahui umum dan di buat laporan pada pihak berwajib, tiada tindakan yang dikenakan kerana kononnya akan kehilangan undi.
Persoalannya, agama dan bangsa yang perlu dipertahankan atau bilangan undi yang didahulukan asalkan dapat menjalankan kepentingan diri? Justeru itu, para pemimpin khususnya janganlah leka dalam mengfokuskan agama dalam kepimpinan, kerana jika Islam tidak dipegang utuh, tidak mustahil lebih ramai rakyat Melayu-Islam terpesong akidahnya akibat kelonggaran undang-undang dan pemerintah yang berfikiran liberal.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre dan samudera.my
Comments
Post a Comment