Golongan liberal adalah tergolong dalam kelompok tafrith (terlalu memudah-mudahkan atau terlalu meremehkan) dalam menafsirkan Islam, tidak mahu terikat dengan al-Quran dan as-Sunnah sebaliknya menjadikan akal sebagai kayu ukur dalam memahami agama.
Islam sebenarnya tidak menolak akal dan tidak juga mengagungkan akal. Imam al-Ghazali dalam kitabnya al-Iqtisad fi al-I’tiqad antaranya menyatakan:
“Akal itu umpama penglihatan yang sempurna. Al-Quran umpama matahari yang menyinari alam, melalui kedua-duanya seseorang memperoleh hidayah. Seseorang yang mengambil satu daripadanya tergolong dalam kalangan yang bodoh. Orang yang menolak akal hanya cukup dengan al-Quran adalah sama dengan mereka yang mendapat cahaya matahari tetapi menutup mata, maka dia tidak berbeza dengan orang yang buta."
Gerakan Islam liberal sebenarnya adalah satu gerakan yang berusaha secara halus untuk memisahkan umat Islam dengan agama tanpa disedari dan menyuntikkan elemen sekularisme serta dilakukan atas nama Islam sama ada melalui platform intelektual, akademik, ilmiah dan lain-lain. Mereka yang jahil pasti terkeliru kerana menerima sesuatu atas nama 'Islam' tanpa usul periksa.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia - JAN 2023
Comments
Post a Comment