ISLAMOFOBIA RASMUS PALUDAN MEMBAKAR AL-QURAN!!! MENYEMARAK SENTIMEN PERKAUMAN DAN MENCETUSKAN PROVOKASI KE ARAH KEGANASAN
Islamofobia bukanlah satu fenomena baru yang dicetuskan oleh Barat supaya seluruh dunia membenci Islam. Lihat sahaja umat Islam yang berjanggut panjang dikatakan pengganas, wanita bertudung dikata mencurigakan, mendiskriminasikan dan menganiaya masyarakat Islam seperti di Palestin, Uighur, Rohingya dan sebagainya. Kejadian terbaru Islamofobia pula dilakukan oleh seorang ahli Politik terkenal di Sweden, Rasmus Paludan yang bertindak membakar al-Quran di khalayak ramai.
Semua perbuatan terkutuk ini dilakukan secara terang-terangan di mata dunia, namun tiada langsung tindakan yang diambil atau bantahan dibuat bagi mengecam perbuatan keganasan yang dilakukan oleh kafir laknatullah tersebut. Secara tidak langsung tindakan keganasan ini telah mencetuskan provokasi di antara kaum yang beragama di seluruh dunia, malah mampu untuk mewujudkan tindakan keganasan atas satu tujuan iaitu untuk mempertahankan ‘maruah’ agama masing-masing.
Namun, mengapa tindakan keganasan yang dilakukan Barat atau golongan kafir tidak dianggap sebagai pengganas sedangkan mereka yang mencetuskan, memprovokasi, mendiskriminasi, merampas harta dan wilayah Islam, malah mewujudkan satu terma Islamofobia yang mengutuk tindakan keganasan oleh kumpulan jihad Islam? sememangnya kelompok pengganas yang menggunakan nama Islam seperti Daesh, Jemaah Islamiyah, Jamaah Ansharut Daulah dan sebagainya adalah kumpulan radikal dan terpesong daripada agama Islam, namun provokasi yang dilakukan Barat seharusnya dipantau, dibantah dan diambil tindakan sewajarnya supaya tidak mencetuskan ancaman keselamatan dalam skala yang besar di seluruh dunia pada masa hadapan. Prinsip asas mengekalkan keamanan adalah menghormati antara satu sama lain, buangkan ego, beramallah dengan tenang dengan kepercayaan dan budaya masing-masing.
Sumber: Sinar Harian – 23 JAN 2023 dan Conference of the Postgraduate Students and Academics in Syariah and Law 2020 (INPAC 2020)
Comments
Post a Comment