Pada zaman Imam Hambali juga telah wujudnya golongan berfahaman ateis yang berusaha memanipulasikan dan mendatangkan keraguan kepada umat Islam berkenaan kewujudan Tuhan. Antara hujah yang sering diketengahkana adalah alam semesta terjadi melalui proses tersendiri tanpa ada campur tangan zat Allah SWT. Sudah banyak ulama yang berusaha berdebat dan membetulkan golongan tersebut, namun semuanya tidak berjaya, malah lebih ramai umat Islam yang terpengaruh dengan hujah mereka sehingga golongan ateis menjadi bongkak dengan kehebatan mereka.
Pada suatu hari Imam Hambali mengajak golongan ateis untuk berdebat dengan syarat mestilah diadakan di hadapan khalayak umum. Pada hari perdebatan, Imam Hambali lewat tiba sehingga mengundang cacian dari golongan ateis. Seusai sahaja ketibaannya, berlakulah dialog seperti berikut:
Imam Hambali: Sabar, sabar. Beri aku kesempatan untuk menjelaskan sebab kelewatan. Begini,
kamu tentu tahu bahawa saya tinggal di luar bandar. Di situ terdapat sebatang
sungai yang cukup lebar. Ketika hendak datang ke sini, saya mendapati tiada satu
pun sampan yang membolehkan saya menyeberang. Itulah sebabnya saya
terlambat datang.
Ateis: Jadi, bagaimana kamu boleh tiba di sini jika tiada sebarang sampan?
Imam Hambali: Satu perkara ajaib telah berlaku. Secara tiba-tiba sekeping papan hanyut terapung dan dengan sendirinya berhenti di depan saya. Kemudian disusuli beberapa papan lain yang juga hanyut lalu semuanya bergabung. Tiba-tiba muncul pula seutas tali.
Papan dan tali tersebut membentuk dengan sendirinya menjadi sampan yang elok dan baik. Sampan kecil itulah yang menyeberangkan saya sehingga saya selamat tiba ke tempat ini.
Ateis: (ketawa terbahak-bahak) Ah!!! Mengarut sahaja. Itu mustahil dan tidak masuk
akal!
Imam Hambali: Kalau kamu tidak percaya sampan yang kecil itu boleh terbentuk dengan sendirinya, bagaimana pula dengan alam semesta yang besar ini boleh terjadi dengan sendirinya tanpa kekuasaan Allah SWT?
Golongan ateis terdiam. Oleh kerana mereka tidak berjaya menemui jawapan bagi membalas kata-kata Imam Hambali, mereka pergi begitu sahaja. Kesimpulannya, setiap perkara yang berlaku semuanya adalah kekuasaan Allah SWT yang kadang kala tidak tercapai di akal untuk memikirkan kelogikannya. Setiap kejadian tidak semuanya logik, ada perkara-perkara ghaib yang di luar batasan pemikiran dan kekuasaan manusia. Manusia yang harus mempercayainya sebagai tanda keimanan pada Sang Pencipta. Namun, itulah yang membezakan Allah SWTsebagai Pencipta yang Maha Berkuasa atas segalanya berbeza dengan hamba yang diciptakanNya.
Sumber: Islamikblog.blogspot.com
Comments
Post a Comment