AWAS PEMIKIRAN ATEISM MERACUNI MINDA!!! MENGAPA MUDAH MEMPERCAYAI BARAT JIKA AL-QURAN TELAH MAMPU MENJAWAB SEGALA PERTANYAAN DI MINDA?


Dalam sejarah ateisme di Barat, golongan ateis yang ilmiah bersikap kritis terhadap ajaran Kristian dan dianggap sebagai pengkritik terhadap institusi gereja. Ateis yang lebih agresif adalah yang berani mencabar Tuhan seperti Schoopenhuer atau Nietzche yang mendakwa ‘Tuhan sudah mati’. Kemunculan ateisme pada awal era moden kerana agama Kristian dianggap seakan tunduk sepenuhnya kepada falsafah.

Berdasarkan pemikiran para pendukung ateis di Barat itu dapat dirungkaikan bahawa ateisme terbina atas asas kebencian dan menginginkan kebebasan sepenuhnya daripada agama. Ada yang menolak kewujudan Tuhan, ada yang menolak kerelevenan agama, ada yang menolak pengetahuan tentang Tuhan dan kewujudanNya. Perkara ini menjadi kegusaran apabila masyarakat Melayu-Islam turut mengamalkan pemikiran ateisme kononnya ingin mengikut jejak Barat yang dikatakan maju dan bebas melakukan apa-apa perkara tanpa memikirkan perintah Tuhan.

Sedarlah wahai umat Islam dan sekalian manusia bahawa sesungguhnya tanda-tanda kewujudan Tuhan itu ada di mana-mana. Ia boleh diperoleh melalui al-Quran, juga terbentang luas pada seluruh alam ciptaanNya. Tanda-tanda itu juga ada diri manusia itu sendiri. sebagaimana Allah berfirman dalam Surah al-Fussilat ayat 53, yang bermaksud: “Kami memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat (tanda-tanda) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka, ia adalah benar.”

Sumber: Jawatankuasa Dakwah IKRAM Negeri Selangor


 

Comments