AWAS!!! TANPA SEDAR FENOMENA LIBERALISME SEMAKIN MENGUASAI KEHIDUPAN - MUHASABAH DIRI SUPAYA BEBAS PEMIKIRAN DAN TINDAKAN DARI FAHAMAN LIBERAL YANG JELAS TERPESONG DARI AJARAN ISLAM

 

Suatu hakikat yang perlu diakui adalah tercetusnya ideologi liberal ini berkait rapat dengan gerakan reformasi utama dan penting di Eropah. Kewujudan fahaman ini dipengaruhi oleh rasa tertindas oleh kuasa gereja dan kepelbagaian keadaan sejarah dan kondisi negara termasuk kekuatan dan kekuasaan pemerintahan serta agama. lama-kelamaan fahaman ini turut meresapi dalam dunia Islam.    

Terdapat beberapa petanda yang boleh menentukan sama ada seseorang itu mempunyai keberangkalian berfikir secara liberal atau sebaliknya. Antaranya ialah:
1- Berfikir bahawa semua manusia memiliki hak dan kesaksamaan dalam bersuara dan bertindak;
2- Berfikir bahawa pemikiran manusia tidak boleh terikat dengan satu aliran pemikiran pada semua struktur kehidupan manusia (sosial, budaya, politik, pendidikan, ekonomi dan agama);
3- Dari perspektif agama, pemikir liberal adalah seorang yang boleh berkompromi dengan syarak (mentafsir sendiri, mengolah, menafikan) bukti-bukti syarak yang tidak selari dengan pemikiran dan falsafah Barat;
4- Golongan Islam liberal menolak autoriti agama dan memberi kebebasan kepada setiap individu untuk berijtihad dalam apa jua permasalahan dalam agama;
5- Berpendapat bahawa pentafsiran semula al-Quran adalah perlu dan mesti dilakukan tanpa terikat dengan mana-mana disiplin ilmu;
6- Sunnah Rasulullah SAW hanya relevan untuk masyarakat Arab di zaman Baginda dan ketinggalan untuk dipraktikkan di zaman kini;
7- Syariah perlu mengutamakan kebebasan dan keperluan manusia kerana pelaksanaan Syariah itu akan berbeza apabila diketengahkan ke dalam masyarakat yang berbeza, Syariah perlu tidak melanggar hak asasi manusia.

Justeru itu, umat Islam seharusnya muhasabah diri supaya menghindarkan diri dan pemikiran dari terpengaruh dengan fahaman liberal. Segala ciri-ciri yang diketengahkan di atas ternyata menyalahi syariat dan ajaran Islam sebenar. Biarlah perkara-perkara yang melibatkan agama diserahkan kepada ahlinya. Seperti mana tatkala timbulnya permasalahan paip, tukang paip dipanggil kerana itu kepakarannya, permasalahan kesihatan dirujuk pula pada doktor. Begitulah jua masalah berkaitan agama, para ulama dan mufti perlu dijadikan sumber rujukan. Janganlah bersikap dungu sombong, tidak tahu hukum tetapi ingin mencampuri urusan keagamaan demi kepentingan diri. Renung-renungkan.

Sumber: Jurnal Islamiyyat, Vol 41 (2) 2019: 39-49


Comments