MENUNGGANG LABEL ‘EX-MUSLIM’ TAKTIK HALUS MISIONARI KRISTIANISASI MEMPENGARUHI MINDA UMAT ISLAM UNTUK MURTAD
Status seseorang individu sebagai ‘ex-Muslim’ menjadi satu peluang keemasan kepada misionari Kristianisasi menggunakannya untuk mendakyah serta meyakinkan umat Islam lain yang rapuh imannya supaya keluar daripada akidah tauhid yang suci. Menggunakan status ‘ex-Muslim’ ini seolah-olah mereka mahu membuktikan bahawa mereka boleh dipercayai kerana mereka juga dahulunya pernah Islam. Taktik halus dan murahan ini didedahkan banyak digunakan di Iraq, Syria, Afghanistan dan Palestin oleh para misionari Kristianisasi.
Namun, bukan itu sahaja, kadangkala para misionari Kristianisasi sengaja melabelkan diri sebagai ‘ex-Muslim’ demi melaksanakan misi memurtadkan umat Islam. Sebagai contoh, Nabeel Qureshi, berulang-ulang kali mengatakan dirinya sebagai ‘ex-Muslim’ yang menjumpai kebenaran Kristian dalam syarahannya. Hakikatnya, dirinya tidak pernah memeluk Islam, sebaliknya dia adalah bekas Qadiani. Hal ini turut didedahkan oleh sarjana Kristian, James White, yang meminta Nabeel berhenti melabel dirinya sebagai bekas Muslim yang soleh.
Ternyata fenomena menunggang label ‘ex-Muslim’ ini adalah salah satu usaha musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan agama Islam. Namun ianya ternyata tidak berkesan, malah hipokrasi mereka semakin sebaliknya semakin meninggikan martabat Islam. Allah berfirman dalam Surah Ali-Imran dalam ayat 54, maksudnya:
“Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Akkah sebaik-baik perancang (membalas tipu daya)”.
Sumber: FAKIR ILMU
Comments
Post a Comment