DASAR ‘SAUDI VISION 2030’ DIPENGARUHI FAHAMAN LIBERAL: NILAI-NILAI ISLAM SEMAKIN TERHAKIS DAN MEMBAWA IMEJ BURUK PADA AGAMA DAN BUMI SUCI
Identiti negara Arab Saudi secara umumnya ada dua iaitu dipandang sebagai sebuah negara yang berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam dan keduanya sebagai sebuah negara yang kaya-raya disebabkan oleh ekploitasi bahan mentah yakni minyak. Namun, pemerintah Arab Saudi berasakan tidak boleh bergantung selamanya kepada hasil sumber minyak kerana pasti ianya bakal habis. Maka bermula dari sinilah mereka mula membuat dasar ‘Saudi Vison 2030’. Dalam dasar ini antaranya memberikan perhatian terhadap aspek pelancongan dan pelaburan sebagai elemen utama mengukuhkan ekonomi negara.
Dalam mengekalkan kerelevenan negara Arab bersaing dengan modernisasi di mata dunia, sedikit demi sedikit ‘tembok konservatif’ mula diruntuhkan. Bermula dengan memberi kebenaran kepada kaum wanita untuk bekerjaya, mengambil lesen memandu dan bergerak aktif di ruang publik (sosial media atau tempat awam) dan sebagainya. Dari sudut pelancongan pula, konsert-konsert artis antarabangsa telah dibenarkan masuk ke ‘ruang suci’ Arab Saudi dan percampuran ruang antara lelaki dan perempuan ketika di konsert juga dibenarkan.
Islam memang tidak melarang umatnya untuk berhibur, namun apabila ianya dicampuri dengan kemaksiatan dan berlebihan dalam mengagungkan artis, maka secara halusnya pengaruh liberal telah meresapi sebahagian besar kelompok Arab Saudi dari golongan pemerintah hinggalah ke rakyat. Akibatnya, penyanyi-penyayi Barat mula mengambil kesempatan untuk membuat persembahan di negara tersebut, malah bukan setakat itu, mereka turut membawa budaya yang tidak senonoh dan melanggar peradaban suci di Tanah Arab. Sebagai contoh, baru-baru ini berlangsungnya konsert penyanyi rap dari Australia, Iggy Azalea, yang menampilkan pakaian dan tindakan tidak senonoh di atas pentas beserta menyanyi lagu yang menghina agama, nabi dan mengajak kaum hawa untuk menyembah dewi.
Oleh sebab itu, janganlah diberi ruang dan peluang kepada orang bukan Islam di dalam agenda-agenda kononnya atas dasar untuk mengikut arus kemodenan, memajukan negara dan mendapat pengiktirafan antarabangsa. Sedangkan ‘makna’ kemajuan itu diinterpretasikan oleh Barat sendiri. Seharusnya sebagai sebuah negara Islam yang kaya dengan budaya dan peradaban Islam disamping diiktiraf sebagai sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang kukuh setanding negara Barat, binalah platform sendiri supaya ianya menjadi ikutan negara-negara lain khususnya negara Islam untuk sama-sama membina kejayaan di dunia dan akhirat. Buka mata, buka minda, janganlah dikaburi dengan agenda Barat (liberalisme) yang semuanya ingin memisahkan segala aspek dengan agama. renung-renungkan.
Sumber:Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – SEPT 2023, CNBC Indonesia dan CNN Indonesia.
Comments
Post a Comment