UMAT ISLAM WAJIB MENJAGA TANAH BUMI P4L3STIN INI SEBABNYA…


Sering kali kita tertanya – tanya mengapa setiap kali P4l3stin diserang, ia memberi kesan yang mendalam kepada umat Islam di seluruh dunia. Apa keistimewaan bumi P4l3stin sehinggakan seluruh dunia sanggup mempertahankan kesuciannya. Bahkan, seruan mempertahankannya pun lantang disuarakan setiap kali solidariti untuk bumi berkah itu diadakan. Ini adalah antara sebab mengapa bumi P4l3stin wajib dipertahankan oleh umat Islam:

1) P4l3stin adalah tempat tinggal para nabi. 

2) Nabi Ibrahim A.S berhijrah ke P4l3stin setelah diusir kaumnya.

3) Allah SWT memerintahkan Nabi Luth A.S ke P4l3stin ketika Allah SWT menurunkan azab kepada isteri dan kaumnya. Firman Allah SWT:

“Dan Kami selamatkan beliau (Ibrahim) dan Luth ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia.” (QS al – Anbiya: 71).

4) Tempat di mana Maryam melahirkan Nabi Isa A.S.

5) Kiblat pertama umat Islam untuk mendirikan solat. Selama hampir 17 bulan Rasulullah SAW dan para sahabat melakukan ibadat solat berkiblatkan Masjid 4l – 4qs4 maka turunlah ayat memerintahkan supaya dialihkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Makkah. Allah SWT berfirman:

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu mendongak ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.”

6) Nabi Muhammad SAW melakukan perjalanan Isra’ Mikraj dari Masjidil 4qs4 ke Sidratul Muntaha.

Kini, kita sudah pun mengetahui sebab – sebab mengapa kita sebagai umat Islam wajib membela dan mempertahankan bumi P4l3stin dari cengkaman zi0ni5. Jangan pernah berhenti berbicara soal P4l3stin kerana ini soal kemanusiaan. Tetaplah bersama saudara seagama dan seiman kita dalam mempertahankan bumi anbiya kesayangan para nabi dan bumi yang diberkati Allah SWT. FirmanNya: 

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (QS al – Isra’: 1).

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


 

Comments