AWASI STRATEGI HALUS GOLONGAN ATEIS - MENDORONG PEMIKIRAN DAN AKIDAH ANAK MUDA ISLAM JAUH DARI KEBENARAN PEGANGAN SUNNI
Kebanyakan golongan Melayu-Islam yang berfahaman ateis suka menggelarkan diri sebagai ‘ex muslim’. Mereka bergerak aktif di sosial media dan ia menjadi platform bagi mereka membuat pengakuan secara terbuka bahawa telah menjadi ateis, meraih perlindungan dan meluahkan cabaran hidup sebagai ateis. Situasi ini menunjukkan bahawa terdapat segelintir anak muda Melayu yang menjadi ateis cenderung untuk menghebahkannya di alam maya, namun tidak di alam realiti.
Selain daripada kewujudannya yang semakin disedari oleh rakyat Malaysia, terdapat segelintir golongan ateis ini juga bebas menganggu ketenteraman awam yang mengakibatkan berlakunya kerosakan prinsip kehidupan beragama sekaligus merosakkan kepercayaan umat Islam kepada Tuhan. Serangan yang dibawa oleh golongan ateis ini pula adalah serangan yang berbentuk pemikiran yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan ‘brain wash’ atau dengan istilah ‘thought control’ atau ‘ideological reform’.
Mereka sering bertanya berulang kembali tentang hal-hal ketuhanan seperti ‘siapakah Tuhan yang sebenar, kalau Tuhan itu wujud, dimana Tuhan tinggal?, siapa yang cipta Tuhan?, kenapa Tuhan tidak tolong orang yang susah? Kenapa Tuhan biarkan orang yang hidup dalam kesusahan semakin menderita?’ dan lain-lain lagi.
Sebenarnya soalan-soalan diajukan ini kelihatan agak remeh tetapi pada hakikatnya ia kadang-kadang seumpama minyak yang disiramkan ke dalam api supaya menjadi marak, dengan kata lain, sekiranya soalan-soalan sedemikian dibaca oleh orang yang berada dalam keadaan sedih dan kecewa dengan hidup, maka ia telah mendorongnya untuk terus meninggalkan agama. Inilah kesannya sekiranya fahaman ateis ini tidak dihapuskan, kelak akan menghancurkan akidah umat Islam pada masa hadapan. Renung-renungkan.
Sumber: Jurnal al-Hikmah, Vol. 15(1) 2023 - UKM
Comments
Post a Comment