Kebanyakan golongan ateis suka menganggap diri mereka sebagai pro sains, sains, dan teknologi. Misalnya, muncul sebuah gerakan transhumanisme atau rentas kemanusiaan yang berkeyakinan kepada ‘artificial intelligence’ atau kecerdasan buatan ciptaan manusia dan teknologi. Ianya berlaku apabila alam manusia bakal dirangkumkan bersama dunia robot melalui Revolusi Perindustrian Keempat.
Transhumanisme ini membolehkan keberangkalian wujud ekosistem baharu yang bakal mengubah bukan hanya cara hidup dan cara kerja serta masyarakat dan norma, malahan persepsi tentang ‘manusia’ itu sendiri. Disebabkan manusia menjadi pereka cipta robot, yang memudahkan segala kerja manusia, sesetengah pihak seperti mana golongan transhumanisme ini menganggap mereka tidak memerlukan Tuhan kerana mereka boleh membuat segalanya dan penemuan sains memenuhi skop logik akal manusia.
Seharusnya, segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh, digunakan sebaiknya-baiknya, dipastikan tidak bercanggah dengan konsep ketuhanan dan akidah. Bukannya dapatan hasil kajian atau ciptaan yang dibuat itu lagi membuatkan diri terasa lebih daripada Tuhan. Jika golongan ateis membuka minda dengan lebih luas, sepatutnya mereka bersyukur kerana lebih banyak ilmu yang diperoleh sebenarnya datang dari Tuhan yang menciptakan akal dan lebih mengenal kebesaran Allah SWT yang tidak tercapai di akal. Renung-renungkan.
Sumber: The Conversation-UK dan Utusan Malaysia
Comments
Post a Comment