ILMUWAN YAHUDI MEMUJI HANYA ISLAM AGAMA YANG MENGGUNAKAN PROSEDUR SAINSTIFIK UNTUK BERIBADAT BUKTI KEBESARAN ALLAH SWT

 

David Berlinski, seorang ilmuwan Yahudi, di dalam bukunya ‘The Devil’s Delusion’ telah memuji empayar Islam atas sumbangan dalam bidang sains yang unik kerana bermotifkan agama. Sebaliknya memberikan kritikan keras terhadap golongan ateis Amerika yang mengeksploitasi sains dan memonopoli hak milik terhadap bidang ilmu tersebut.

Beliau menyatakan bahawa pada abad pemerintahan empayar Arab, terdapat pelbagai pembinaan balai cerap yang mana ia memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Muslim yang beriman. Seni yang dipanggil ‘ilm al-miqat’ itu melambangkan Muslim diarahkan untuk menjadualkan ibadat mereka dengan sangat teliti. Sebagaimana khalifah di Baghdad mengira masa dengan menggunakan jam air atau jam pasir untuk menyelarikan waktu solat sebagaimana syariat Allah di dalam al-Quran, menentukan arah kiblat menghadap ke Kaabah semuanya adalah satu tugasan yang memerlukan kecerdasan minda yang besar. Berbeza dengan Kristian Barat, waktu dijaga dengan begitu cuai sehingga tarikh cuti Easter juga tidak dapat dipastikan.

Sebelum penjadualan jadual astronomi yang kompleks, orang yang memiliki pandangan mata yang tajam akan dihantar ke puncak bukit untuk melihat keadaan anak bulan. Mereka kemudia akan menjerit bersahut-sahutan sehinggalah mesej sampai kepada semua. Menurut ahli sejarah Eropah, David King, semua ini hanyalah dalam Islam, tidak dalam agama lain dan pelaksanaan pelbagai ibadat dibantu oleh prosedur-prosedur sainstifik. 

Kesimpulannya, para ilmuwan Islam menganggap sifat ingin tahu sainstifik mereka sebagai wadah untuk mereka meningkatkan sifat ketaqwaan mereka. Justeru itu, ambillah iktibar kerana kewujudan dan kebesaran Allah SWT itu adalah benar dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Apakah lagi yang ingin dipersoalkan oleh golongan ateis sedangkan ia juga diakui oleh para ilmuwan Barat. Renung-renungkan.

Sumber: Fakir Ilmu


Comments