CONTENT TERJAH MAKAN KENDURI TANPA DIUNDANG SANGGUPKAH MEMBIAKKAN MAKANAN YANG HARAM DALAM DARAH DAGING?!
Menghadiri walimah atau lebih mudah disebut sebagai kenduri sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia yang sememangnya suka menghadiri acara keramaian sejak dahulu lagi. Akan tetapi bagaimana sekiranya kita menghadiri walimah yang tidak diundang? Seperti video yang tular baru – baru ini di mana dua orang pemuda dengan sengaja melakukan melakukan crash wedding (terjah kenduri) apabila hadir ke sebuah majlis perkahwinan tanpa mendapat jemputan.
Menerusi video tersebut, kedua-dua lelaki itu dilihat menaiki motosikal sebelum menemui majlis terbabit yang dipercayai diadakan di dewan sebuah sekolah. Mereka kemudiannya masuk ke dalam dewan berkenaan dan menjamu selera makanan yang dihidangkan buat para tetamu majlis perkawinan itu. Seperti yang dinyatakan di dalam portal Pejabat Mufti Wilayah Perseukutuan menerusi “AL-KAFI #1571: HUKUM HADIR WALIMAH TANPA DIJEMPUT”, para ulama dari empat mazhab telah bersepakat menyatakan akan haramnya bagi seseorang hadir majlis kenduri tanpa dijemput, atau tanpa diketahui samada tuan rumah redha ataupun tidak. Dia dihukum sebagai fasiq dari sudut penyaksian dan menjatuhkan maruah jika terus-menerus melakukan perbuatan tersebut, kerana ia termasuk kategori perbuatan memakan makanan yang haram.
Ini seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar R. A yang bermaksud:
“Sesiapa yang dijemput tapi tidak memenuhi jemputan, dia telah engkar kepada Allah dan Rasul-Nya; dan siapa yang pergi ke suatu majlis tanpa jemputan, dia hadir sebagai seorang pencuri dan keluar sebagai seorang.” (Sunan Abi Dawud).
Maka dari itu, janganlah kita melakukan perkara yang dilarang dalam agama. Menghadiri walimah tanpa undangan dan memakan makanan dari walimah tersebut diibaratkan seperti pencuri. Sanggupkah kita membiakkan makanan yang haram di makan menjadi darah daging kita sendiri? Tepuk dada tanya iman kita. Jangan buatkan agama Islam itu semakin dipandang serong dek kerana perbuatan kita sendiri. Jagalah maruah diri dan maruah agama.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Comments
Post a Comment