INSIDEN “AMUKAN” WARGA P4L3ST!N BERSYUKUR DENGAN KEAMANAN DAN KEBEBASAN YANG DIKECAPI


Tular baru – baru ini sebuah video yang beredar di semua platform media sosial yang memperlihatkan sekumpulan rakyat P4lest!n melakukan protes di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) konon dengan alasan merayu untuk dipulangkan kembali ke Mesir atas alasan tidak menerima rawatan yang sewajarnya di Malaysia. Selain itu, ada juga di antara mereka yang memberi alasan mahukan kebebasan. 

Artikel bukanlah ingin mengutuk atau mengeji jauh sekali mencaci kepada warga P4lest!n tersebut. Akan tetapi, dalam soal ini artikel lebih memfokuskan tentang rasa bersyukur atas bantuan yang diberi dan diterima. Secara logiknya kita boleh berfikir bagaimana kehidupan di G4z4 dan Rafah yang penuh dengan kehancuran. Setiap hari hidup dalam ketakutan, bunyi bedilan bom dan roket merata di segenap penjuru. Tidakkah mereka bersyukur hidup di Malaysia yang aman damai? Tiada bunyi bedilan bom dan sebagainya?

Sebenarnya, semua ini bermula dengan rasa bersyukur. Apabila kita bersyukur dengan satu nikmat maka Allah akan menambah 99 nikmat yang lain. Firman Allah SWT:

“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: ‘Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras’.” (QS Ibrahim: 7).

Selalulah bersyukur walau sekecil perkara sekalipun. Nikmat Allah SWT kepada kita semua adalah terlalu banyak dan tidak terhitung.  Orang yang bersyukur adalah orang yang tahu berterima kasih. Tidak kira sedikit atau banyak rezeki dan nikmat yang telah diberi oleh Allah SWT, sentiasalah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. 

Dalam insiden ini, kita seharusnya mengambil ibrah (pengajaran) dan membandingkan diri kita dengan mereka agar sentiasa bersyukur dan beruntung dengan nikmat dan limpahan rezeki yang Allah SWT berikan. Sebagai umat Islam, kita seharusnya malu untuk mengeluh kerana Allah SWT telah memberikan nikmat yang melimpah ruah. Zahirkanlah rasa syukur dengan tindakan contohnya, nikmat kesihatan yang diberikan kemudian dimanfaatkan untuk beribadah kepada Allah SWT dan nikmat harta benda yang dikurniakan Allah SWT, kita zahirkannya dengan berkongsi dengan orang lain melalui zakat, sedekah dan infaq. Begitu juga menzahirkan rasa syukur di atas pertolongan yang diberikan kepada kita, hargai pertolongan orang yang menolong dan bukannya menjadi “tuan tanah” yang berlagak besar kepala!

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan (edakwah.kelantan.gov.my)


 

Comments