Samuel Zwemer, seorang mubaligh Kristian, dalam Persidangan Kristian antara mubaligh-mubaligh Kristian seluruh dunia telah menyeru kepada para mubaligh bahawa tugas mereka di negara-negara Islam bukanlah berusaha untuk mengkristiankan umat Islam kerana mereka sedar orang Islam berpendirian teguh terhadap agamanya.
Namun, tugas mubaligh Kristian adalah untuk memastikan orang Islam tidak mempunyai hubungan dengan Allah SWT, tidak mahu tahu tentang Allah SWT, kemudian tidak mempunyai hubungan dengan moral yang telah menjadi landasan hidup seluruh bangsa. Para mubaligh turut diseru supaya tidak perlu pun dipaksa umat Islam untuk menganut Kristian, tetapi suatu hari nanti akan terbentuk suatu generasi yang pemikirannya sebagaimana yang dikehendaki misionari Kristianisasi.
Generasi tersebut tidak peduli dengan masalah-masalah besar, tetapi suka berseronok-seronok dan malas. Dengan demikian apabila melakukan sesuatu perkara, dilakukan kerana ingin menjadi popular. Jika belajar, hanya kerana ingin popular. Jika menjawat jawatan tinggi hanya kerana ingin terkenal dan menindas sehinggakan bebas untuk berbuat apa sahaja untuk meraih populariti.
Lihat signifikan persidangan misionari Kristianisasi pada masa kini nampaknya telah menjadi kenyataan. Bermula dengan kemunculan sosial media, seharusnya menjadi tambah nilai dalam memperoleh ilmu, tetapi ianya diaplikasikan dalam hidup hanya untuk berseronok dan mengejar populariti. Bertambah seronok apabila populariti yang diperoleh mendatangkan keuntungan mata wang. Akibatnya, lihat sahaja betapa ramai umat Islam khususnya anak-anak Melayu-Islam yang tidak lagi mementingkan pelajaran, malah bangga boleh menjana kemewahan hanya melalui populariti, bahkan sanggup melakukan apa sahaja tindakan meskipun bertentangan dengan syarak asalkan mendapat ‘reach’ tinggi dan menjana kewangan.
Sedarlah wahai umat Islam, inilah agenda halus misionari Kristianisasi untuk melalaikan umat Islam dan akhirnya jauh dari agama. Betapa mudahnya umat Islam menggadaikan agama apabila ditaburkan dengan kemewahan. Sedangkan agama seharusnya menjadi benteng utama menyelamatkan diri dari anasir-anasir memesongkan. Renung-renungkan.
Sumber: Buku Gerakan Kristianisasi – Darulkautsar
Comments
Post a Comment