MODENISASI MENORMALISASI KESESATAN LIBERALISASI MESKIPUN DALAM AGAMA MENYEDIHKAN


Secara tradisinya, umat Islam menyusun kehidupan mereka berlandaskan syariat iaitu wahyu sebagai neraca yang menstrukturkan kehidupan. Umat Islam secara umumnya tidak pernah bertindak secara bertentangan, dengan maksud mengubah dan mencorakkan wahyu agar selaras dengan adat kebiasaan hidup mereka.

Walau bagaimanapun, zaman moden nampaknya menjadikan idea-idea liberalisme sebagai panduan. Kebiasaan manusia diubah dan dicorakkan agar selaras dengan ideologi liberalisme. Perubahan ini dibuat juga walaupun nilai liberalisme tidak selaras dengan adat kebiasaan manusia seperti dalam isu kebebasan homoseksual. 

Bahkan, apabila didapati sebarang ajaran Islam yang tidak selaras dengan perspekstif liberal, maka panduan wahyu yang berkenaan diubah dan dicorakkan agar mempersetujui nilai-nilai liberalisme. Penstrukturan semula nilai-nilai Islam dilakukan melalui pentafsiran semula teks-teks wahyu dengan suatu pengertian semasa yang kadangkala tidak pernah difahami oleh para ulama.

Tuntasnya, yang diikuti itu adalah wahyu, bukan kebiasaan manusia, dan yang diubah adalah kebiasaan itu, bukan tuntutan wahyu, biarpun fahaman tersebut berbeza dengan adat kebiasaan semasa. Nyatanya kesesatan liberal merosakkan akidah dan memesongkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sumber: Jurnal Usuluddin 40- Universiti Malaya


 

Comments