KISAH PENGGANAS ZIONIS, DOA UMAT ISLAM DAN BALASAN TUHAN


Kekejaman! Penganiayaan! Serangan Ganas! Penderitaan!
Inilah antara kata-kata yang menggambarkan situasi dialami oleh rakyat Palestin. Terkini dilaporkan angka kematian di Gaza telah melebihi 52,900 rakyatnya mati syahid termasuklah golongan kanak-kanak, wanita yang lemah dan orang tua yang tidak berdaya. Kekejaman rejim Zionis ini adalah sangat adil dan bertepatan sekiranya masyarakat dunia melabelkan mereka sebagai pengganas.

Oleh itu, jangan biarkan diri dikaburi dengan justifikasi Israel yang tanpa segan silu mendakwa tercetusnya peperangan ini adalah sebagai tindakan mempertahankan diri. Ia adalah penyataan yang tidak berasas dan helah bagi menghalalkan peperangan kejam terhadap rakyat Palestin. Sedangkan Zionis telah menjadi pengganas selama 77 tahun bermula berlakunya peristiwa al-Nakbah (detik hitam) pada 15 Mei 1948 dengan mengusir rakyat Palestin secara paksa, membunuh, mendatangkan ketakutan, menganiaya dan segala tindakan ganas untuk merampas tanah air Palestin.

Justeru itu, perbanyakkanlah doa dan qunut nazilah. Meskipun ianya terlihat sebagai selemah-lemah pertolongan, namun doa adalah senjata umat Islam yang paling ampuh. Terkini dikhabarkan Israel dilanda bencana alam yang amat dashyat dari semua bahagian Israel.

Pada 30 APRIL 2025 berlakunya kebakaran hutan berskala luar biasa dalam sejarah di perbukitan barat Baitulmaqdis yang memusnahkan lebih 2,400 hektar. Akibatnya, lebuh raya utama telah ditutup, gangguan sistem pengangkutan, bekalan elektrik terputus dan pemindahan ratusan penduduk.

Pada 4 MEI 2025, beberapa kawasan di selatan Israel dilanda banjir susulan hujan lebat dan angin kencang. Ribut petir turut membawa bersama ketulan hujan sehingga mencatatkan penurunan hujan pada hari itu sahaja menyamai rekod penurunan hujan dalam tempoh setahun.

Kesimpulannya, pada yang beriman, pasti sedar bahawa bencana ini adalah tanda kekuasaan Allah SWT yang mana kuasaNya adalah lebih besar dari segala kuasa, kejahatan, kekejaman dan keganasan Israel. Renung-renungkan.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia- MEI 2025, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan- Universiti Sains IslamMalaysia, Sinar Harian- MEI 2025


 

Comments