Pada ketika ini, masyarakat dunia semakin tidak beragama. Kenyataan ini adalah selari dengan data dari Global East Index 2023 yang menyatakan bahawa konflik global semakin marak sehingga menyebabkan 19.731 orang dari 26 buah negara di dunia menunjukkan 29% adalah agnostik dan ateis.
Hasil data ini menggambarkan bahawa perkembangan berkenaan hubungan antara agama dalam masyarakat dunia pada ketika ini berada dalam keadaan tenat. Satu demi satu peristiwa pembakaran al-Quran secara sengaja di seluruh dunia seperti yang berlaku di hadapan Kedutaan Besar Turki di Stockholm, di hadapan Kedutaan Turki di Denmark, di hadapan masjid terbesar di Stockholm pada hari raya Aidil Adha, di hadapan parlimen Sweden dan sebagainya.
Kesemua perlakuan ini bertujuan untuk menghina agama. Pelaku yang membakar al-Quran mengatakan bahawa:
“Tindakan ini (membakar al-Quran) adalah demokrasi dan adalah bahaya jika mereka mengatakan bahawa kita tidak boleh melakukan ini”- Salwan Momika
“Saya akan terus membakar al-Quran sampai mereka melarang al-Quran, apakah itu sesuatu yang dilarang? Itu hanya selembar kertas. Tahukah anda berapa banyak ancaman yang kami terima hanya kerana selembar kertas?” – Najeem
“Seluruh agama harus dimusnahkan dan aku adalah seorang ateis” – Bayrami Marjan
Kes-kes pembakaran al-Quran menunjukkan mereka lebih membenci agama Islam daripada agama yang lain. Hal ini boleh jadi apabila mereka melihat perkembangan Islam semakin luas pada beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya di Amerika dan beberapa negara Eropah. Perkembangan ini mungkin bagi mereka akan memusnahkan budaya dan keharmonian masyarakat barat. Agama Islam juga dinilai sebagai ancaman bagi demokrasi dan ideologi liberal. Bahkan, diperkuatkan lagi dengan stereotaip media barat yang cenderung bermusunhan dan berpandangan bias terhadap Islam.
Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa pemikiran manusia di akhir zaman ini semakin jauh terpesong dari kebenaran agama. Sedangkan manusia itu dilahirkan fitrahnya sebagai seorang yang beragama. Agamalah yang memandu tingkahlaku atau moral seseorang atas asbab kepercayaan kepada Tuhan. Namun, disebabkan keegoan melawan fitrah, mereka telah melebihi batas-batas sebagai seorang manusia, malah lagak seperti Tuhan.
Sumber: Institut Agama Islam Negeri Metro
Comments
Post a Comment