Tiga dekad selepas Revolusi Iran, hubungan Malaysia dengan Iran pada awal tahun 2014 agak tegang, lantaran tindakan kerajaan mengumumkan kempen anti-Syiah dan memfatwakan ajaran Syiah sebagai sesat dan terkeluar dari agama Islam. Rentetan itu, penganut Syiah di Malaysia memilih untuk bersikap berbaik dengan kelompok Sunni, di samping pendekatan ‘taqiyyah’ (berpura-pura) dalam urusan harian untuk mengelak dari dikesan.
Namun begitu, meskipun dari sudut realitinya mereka terpaksa mengamalkan ajaran Syiah secara berselindung, sebaliknya hal ini kontra dengan situasi di alam maya. Kelompok Syiah begitu tegar memanfaatkan kemudahan media sosial ini untuk mengumpulkan ahli-ahli mereka di samping menjadi medan untuk menyebarkanpengaruh mereka dalam masyarakat Sunni di Malaysia.
Tidak dapat dinafikan juga, kemungkinan media sosial boleh menjadi ‘hawzah’ (markas) kedua mereka jika terdapat halangan dan kesukaran untuk pengikut Syiah bertandang ke markas mereka. Begitu juga penggunaan ‘live video chat’, ‘live streaming’ dan seumpamanya yang semakin popular kini, mampu menghubungkan pengikut setia Syiah dengan pemimpin-pemimpin utama mereka di Iran, mengadakan pertemuan dalam talian, syarahan dan pertemuan secara maya.
Kesimpulannya, media sosial mampu menjadi ‘alat’ bagi gerakan Syiah di Malaysia untuk merekrut lebih ramai ahli, di samping medium untuk menyebarkan ideologi dan fahaman yang sangat bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Justeru itu, berhati-hatilah dengan kelompok Syiah yang sentiasa berpura-pura dalam tindakannya semata untuk mempengaruhi umat Islam Sunni di Malaysia dan jauhilah dari terlibat sama dengan pengaruh Syiah yang telah difatwakan haram kerana kepesongan akidahnya.
Sumber: Jurnal Pengajian Islam, Bil. 10 (II) – Universiti Kebangsaan Malaysia
Comments
Post a Comment