Media sosial hari ini bukan sekadar tempat berkongsi maklumat, tetapi juga menjadi ruang yang mempengaruhi cara fikir, tingkah laku, dan nilai masyarakat termasuk perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Baru-baru ini tular satu video di TikTok yang memaparkan mesej seperti "Umar love Zairul" dan "Zairul, aku nak gay dengan kau". Kandungan sebegini bukan sahaja tidak bermoral, malah merosakkan pemikiran anak-anak dan remaja yang masih mentah.
Apa bahaya yang akan terjadi sekiranya perkara ini berlarutan?:
1) Normalisasi hubungan sejenis. Sesuatu yang jelas diharamkan dalam Islam. Firman Allah SWT:
“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". (QS Al A’raaf: 80 -81).
2) Merosakkan akhlak generasi muda. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat.
3) Menanam kekeliruan identiti. Remaja boleh mula mempersoalkan fitrah jantina dan hubungan yang sah.
Oleh itu, sudah sampai masanya kita sebagai umat Islam memulakan langkah proaktif untuk mengekang gejala tidak sihat ini bermula daripada rumah. Bagaimana?:
1) Pendidikan agama sejak kecil. Didik anak-anak tentang batas pergaulan dan fitrah manusia menurut Islam.
2) Pantauan media sosial. Ibu bapa perlu tahu apa yang anak-anak tonton dan siapa yang mereka ikuti.
3) Laporan dan teguran sopan. Laporkan kandungan tidak sesuai, dan tegur dengan adab.
4) Sebarkan konten positif. Jjadilah sebahagian daripada solusi, bukan hanya pengkritik.
5) Peranan bersama. Masyarakat, institusi, dan pemimpin perlu bekerjasama memerangi gejala ini.
6)
Islam tidak menolak teknologi atau media sosial, tetapi penggunaannya mesti berpandukan syariat dan nilai-nilai Islam. Islam bukan agama yang membenci, tetapi Islam membimbing. Tanggungjawab kita adalah menjaga masyarakat daripada kerosakan moral dan kekeliruan identiti. Jangan biarkan media sosial menjadi tempat suburnya dosa yang dinormalisasi. Ingatlah, setiap perbuatan akan dihisab, termasuk apa yang kita tulis, lihat, dan kongsikan di media sosial. Allah SWT berfirman:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan." (QS Al – Maidah: 2).
Sumber: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Comments
Post a Comment